mana tahu
mana tahu
mana tahu suatu hari nanti
bahawa aku tiba-tiba sahaja
menidakkan kebenaran
enggan membetulkan kesilapan
membutakan segala pandangan
dan menafikan kenyataan
mana tahu suatu hari nanti
aku bertindak mengikut kemahuan
aku bergerak menongkah arus
aku rebah sebelum berjuang
aku tersenyum dalam tangisan
aku sendiri dalam keramaian
mana tahu suatu hari nanti
aku akan jadi begini
ilham budiman
17 April 2013
kekalutan hati
kekalutan hati
tidak pernah aku terfikir
bahawa nantinya suatu hari
aku akan menjadi buta
aku akan menjadi tuli
aku akan menjadi enggan
untuk menerima
untuk mengakui
hakikat dan fitrah kehidupan
bahawa segala yang indah
bahawa segala yang cantik
bahawa segala yang molek
belum tentu buah kebaikan
untukku
ilham budiman
17 April 2013
Langgan:
Catatan (Atom)