ada waktunya aku sangat berharap agar mimpi itu berubah menjadi realiti malah sebaliknya juga lebih-lebih lagi kalau aku kecewa. Namun yang pasti aku tetap sedar bahawa semua itu di luar kemampuanku......
perkara yang luar biasa itu sukar sekali untuk terjadi, jadi aku harus menikmatinya baik-baik dengan kesyukuran kerna tidak tahu bila lagi akan ketemu....pengalaman luar biasa itu.
oleh sebab aku sentiasa inginkan yang terbaik maka aku berharap aku lebih daripada itu pula agar lebih adil buat orang lain pula yang punya keinginan yang serupa..
Keberanian yang berlebihan itu bisa mendatangkan ketakutan pula pada orang lain dan keberanian itu tidak selalu datang dengan kebenaran, malah diiringi oleh egois yang keterlaluan.
puisi itu penzahiran hati yang ingin dikongsi agar segala nostalgia dan pandangan dapat sama dinikmati menerusi anyaman diksi-diksi indah.
BalasPadamoleh sebab rinduku pada masa lalu, maka kutintakan bait -bait kata biar bisa dapat semadi dalam kantong hatiku...
BalasPadamada waktunya aku sangat berharap agar mimpi itu berubah menjadi realiti malah sebaliknya juga lebih-lebih lagi kalau aku kecewa. Namun yang pasti aku tetap sedar bahawa semua itu di luar kemampuanku......
BalasPadamperkara yang luar biasa itu sukar sekali untuk terjadi, jadi aku harus menikmatinya baik-baik dengan kesyukuran kerna tidak tahu bila lagi akan ketemu....pengalaman luar biasa itu.
BalasPadamoleh sebab aku berulang kali gagal maka aku sangat menghargai erti kemenangan...
BalasPadamcintaku pada puisi yang menghidupkan mimpiku tidak pernah akan padam, kuharap demikianlah akhirnya..
BalasPadamperjalanan ini tidak pernah akan ada penghujung selagi belum menghayatinya...
BalasPadambagiku untuk mendapatkan sesuatu yang diingini itu bukanlah sesukar untuk memeliharanya....
BalasPadamoleh sebab aku sentiasa inginkan yang terbaik maka aku berharap aku lebih daripada itu pula agar lebih adil buat orang lain pula yang punya keinginan yang serupa..
BalasPadamkebencian itu membunuh perasaan dan melemahkan hati, justeru maafkan sahaja biar hidup jadi indah....
BalasPadamselamat malam
BalasPadamselamat malam kenangan
aku ingin sekali lena
dalam dingin mimpimu
dan aku ingin sekali jaga
dalam manis senyummu......
belajawan hati itu mampu meredakan perasaan yang nantinya mungkin tidak karuan apabila salah bertingkah...
BalasPadamkebaikan itu bukanlah begitu sukar untuk dilakukan, hanya perlu mengenepikan sedikit rasa egois.....
BalasPadamlihatlah dengan mata hati dan bicaralah dengan bahasa budi, nescaya kau akan lihat aku dengan lebih baik lagi...
BalasPadamyang cantik itu belum tentu indah dan yang buruk itu belum tentu juga hodoh kerna yang penting akal dan imannya.
BalasPadamsejak bila cinta itu mampu membuat orang menjadi waras?
BalasPadamcinta menjadikan orang semakin bijak berkata-kata dan cerdik menipu hanya kerna ingin kelihatan bagus-bagus..
BalasPadamFahamilah kata-kata dan hazam dengan baik sebelum menasihati orang lain biar tidak pincang..
BalasPadamUsah bicara tentang budi andai kamu sendiri telah menghilangkannya....
BalasPadamhidup bukan untuk menyalahkan orang lain tetapi memperbaiki diri..
BalasPadamhati perlukan penyelarasan sebelum melontarkan kata-kata, kalau tidak nanti hilang "kejujuran" hati kata lain, mulut kata lain....
BalasPadambertelingkah itu mudah yang susah ialah nak berbaik semula dengan hati yang ikhlas" seperti menyambung tali yang putus, ada pintalannya"..
BalasPadamKeberanian yang berlebihan itu bisa mendatangkan ketakutan pula pada orang lain dan keberanian itu tidak selalu datang dengan kebenaran, malah diiringi oleh egois yang keterlaluan.
BalasPadammenganiaya orang lain itu hanya mampu dilakukan oleh orang yang punya keberanian yang tinggi......
BalasPadammimpi yang indah itu adalah angan-angan yang tak sudah.
BalasPadammusuh itu ada waktunya mungkin juga pengkritik yang terbaik kerna segala tomahan yang dilemparkan menyebabkan kita sering berusaha utk memperbaik diri
BalasPadamsemakin jauh perjalanan semakin terasa sedikit ilmu yang ada..
BalasPadamlimpahan kasih sayang sering menjadikan kita kurang menghargai..
BalasPadammemaafkan itu jauh lebih mudah daripada melupakan.....
BalasPadamusah biar resah membajai perasaan kerna nantinya merosak impian..
BalasPadamkasih sayang itu menghidupkan perasaan yang mati.
BalasPadamiman itu kunci ketenangan hati.
BalasPadamPerkara yang baik untuk kita belum tentu baik pula kepada orang lain.
BalasPadamair mata itu teman akrab kepada cinta.
BalasPadamcinta tidak pernah menghidupkan mimpi...
BalasPadamgembira dan ketawa yang berlebihan selalu dibayangi oleh tangisan.
BalasPadamharapan itu teman kejayaan asal tidak keterlaluan.
BalasPadamkesalahan yang berulang itu kebodohan yang menakjubkan.
BalasPadamjangan berhenti untuk percaya bahawa kita semua ini fana...
BalasPadamrindu menjadikan hati semakin lesu.
BalasPadamPembelajaran itu seperti pakaian, lagi banyak belajar, pakaian semakin lengkap...
BalasPadamSemakin besar cermin, semakin kecil dan kerdillah kita ini.....
BalasPadamSabar itu jalan kemenangan..
BalasPadamUsah biar benci meranap hati...
BalasPadamCita-cita yang tinggi ada kalanya menjadikan kita semakin kerdil.......
BalasPadamIkhlas itu umpama semut hitam di atas kayu hitam dalam malam gelap gelita...
BalasPadamDalam berkasih sayang harus ada simpan sedikit simpati untuk diri sendiri..
BalasPadamIkhlas itu umpama semut hitam di atas kayu hitam dalam malam gelap gelita...
BalasPadamKata orang...air mata itu memadamkan kesedihan, Biar pedih tetapi tunggu lebih lama sedikit, pasti ada senyuman pada akhirnya, menerima hakikat.
BalasPadamRindu ada waktunya seperti racun. Semakin mendalam semakin memedihkan perasaan.
BalasPadamHujan itu air mata yang turun dari langit. Rahmat daripada rabb kepada hamba-hambanya yang sentiasa mensyukuri.
BalasPadamtafsiran tentang erti hidup itu berbeza mengikut tingkat usia. Hidup untuk bermain-main, hidup untuk berseronok dan hidup untuk pulang...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAndai kata usia tidak mampu mematangkan fikiran, maka sebenarnya kita telah tewas..
BalasPadamBerusahalah memadam kejelekan fikiran dengan keluruhan hati, maka percayalah bahawa setelah itu hidup akan rasa lebih bahagia...
BalasPadam