Ini jurnalku yang pertama. Justeru aku mengambil kesempatan ini untuk mencoretkan secangkir daripada pengalamanku ketika bercuti di Hatyai bersama kakak-kakak dan abangku serta teman-teman kami. Sejujurnya percutian ini lebih indah kerna kehadiran mereka. Hubungan kami kian akrab dengan senda dan tawa serta sedikit perbalahan manis. Melawat ke gua di pinggir kota mungkin juga pengalaman yang sangat menakjubkan, dan tak mungkin akan kuulangi lagi kerna sangat menakutkan. Tidak kunafikan juga bahawa makanan di sana enak-anak. Buat masa ini aku enggan ke sana lagi.....ingin ke Korea bersama mereka pula....
Berikut ini jurnalku yang kedua, ketika aku pulang ke kampung baru-baru ini, perasaanku erlainan sedikit. hal ini demikian kerna pamanku telah dijemput oleh Sang Khaliq untuk mengadapNya. Justeru hatiku liar mentafsirkan segala makna duka. Kupandang wajah bondaku yang begitu sugul , lalu aku berkata.. " mak, sekarang emak tinggal berdua kerna yang lain sudah pergi dan aku nantinya juga mungkin akan mengalami situasi yang serupa andai bukan aku yang pergi dulu di kalangan kami adik beradik. Dan hal ini membuatkan emosiku tiba-tiba menjadi lebih tinggi sedikit, kesedihan untuk masa hadapan....
Pelarian perasaan. Hal ini sudah lama ingin kubicarakan. Hidup ini penuh dengan kekalutan kalau kita gagal mengemudinya dengan baik. Justeru itulah tanpa disedari wujud istilah pelarian perasaan. Lebih tepatnya melarikan perasaan atas dorongan emosi atau keinginan hingga kemudiannya membuahkan bibit-bibit hubungan yang tanpa kita sedari sebenarnya jelas terlarang. Atas alasan apapun sebenarnya tetap salah....
Kebencian itu membunuh perasaan. Malah seerti racun yang menyerap dalam jiwa dan kemudiannya merosakkan perasaan. Lebih ironi lagi apabia kita yang sebenarnya sedar akan hal ini membiarkan ia berlaku tanpa mampu berbuat apa-apa kerna kewalahan melayani emosi. Membiar kesakitan melata rakus menghazam lumat garis kedamaian hingga kemudiannya mematikan perasaan.
Percutian yang sudah sampai di penghujung tiba-tiba meresahkan perasaan apabila rehat yang panjang ini benar-benar mendamaikan hati tanpa perlu memikirkan hal-hal yang melemaskan terutama sekali politik kerja......
Seseorang pernah memberitahu kepadaku tentang "singa yang terluka" ditolong enggan malah bertindak ganas apabila didekati namun akhirnya mati bersama egonya sendiri...mudah-mudahan aku tidak seperti itu....
Apabila penilaian itu tidak dibuat secara adil maka seudah tentu harus punya keberanian untuk menjawabnya kelak semasa di akhirat. Lebih buruk lagi kalau enggan pula mengakui kesilapan diri dan mencari kelemahan orang lain. Semakin lama kehidupan ini semakin melemaskan apabila di kelilingi oleh orang-orang yang kurang waras pemikiran.
Hidup ini harus berani menghadapi istilah " datang dan pergi". Namun mungkin juga aku memiliki kelemahan yang besar untuk punya keberanian memahami istilah itu. Hal ini demikian kerna rasa enggan kehilangan masih bertaup kejab dalam sanubariku......
Ketika kerjaku banyak hingga tak cukup tangan, tiba-tiba mindaku seperti memberikan aku jalan keluar. Katanya padaku.. " esok pencen sahaja, tak usah menunggu hingga usia 60". Namun persoalannya siapa mahu melunaskan semua bil bulananku...
Walaupun aku sudah lama memaafkan atas segala perbuatannya kepadaku, namun sejujurnya hingga ke hari ini aku masih belum mampu untuk memandangnya. Entah sampai bila amarahku akan padam?...
Rasanya belum terlambat untukku merancang "belanjawan hati" biar nanti aku tidak membazir perasaan malah air mata juga. Sekarang ini bahagia dan gembira itu sedikit mahal harganya dan untuk memilikinya harus punya usaha yang lebih....
Semalam temanku terlupa bahawa dia ada peperiksaan yang besar. Hal ini disedari setelah dia sampai di tempat kerja. Ahhhhh bagaimana dia boleh lupa, hal yang sebegini penting dalam hidupnya, nasib baik dia sempat mengambil peperiksaan tersebut. Mudah-mudahan aku tidak melupakan hal-hal yang penting dalam hidupku.
Mendung hari ini seperti hatiku, mngkin mahu berkongsi perasaan. Saat yang paling menggetarkan hatiku apabila dengan tiba-tiba aku berada di persimpangan. Harus memilih sedangkan aku tidak punya kebijaksanaan dalam bercatur, bagaimana nanti kalau aku silap mengambil keputusan... mahu teruskan atau berhenti? mahu yang ini atau yang itu? mahu pergi atau tidak?....
Rindupun datang lagi, kali ini kepada teman-temanku yang sama-sama belajar di USM. Keakraban kami pudar setelah kami habis belajar. Mudah-mudahan kami bisa bersua lagi, mana tahu nanti kami akan sama-sama sambung belajar....
Apabila aku jatuh sakit, orang-rang di sekelilingku sangat mengambil berat. Nasihat yang tak putus-putus menyebabkan ada waktunya aku sendiri menjadi panik, lebih-lebih lagi apabila arahan yang perlu diphotostat terlalu banyak, jangan makan itu, jangan buat ini, harus begitu, perlu begini.....tapi yang jelas aku rasa bahagia...
Rupanya aku ini kurang mahu belajar, lalu menyebabkan kesilapan berulang ganti dan akhirnya melukakan hatiku sendiri. Namun demikian pengalaman daripada masa lalu ini amat berharga buatku. Mudah-mudahan aku bisa mampu hidup dengan lebih baik lagi.
Selamat berangkat buat ahli keluargaku yang akan mengerjakan umrah seminggu lagi. Entah kenapa buat kali ini aku teragak-agak untuk ikut, mungkin sbb aku baru pulang dari sana tetapi hati tetap masih ada rindu....insyaallah tahun depan.
Berkelana lagi hatiku mencari erti " damai di hati " yang mungkin masih tersisa dalam detik-detik yang menakjubkan ini. Namun yang pasti aku masih belum ingin berhenti mentafsir makna yang tersirat..
Kadang-kadang, oleh sebab terlalu berharap, sering kali aku berasa keletihan, apabila berharap tidak disambut oleh kesungguhan. Buat anak muridku " aku hanya punya satu keinginan, iaitu melihat kalian berjaya di dunia dan di akhirat" . Sungguh aku kurang mengerti, begitu sukarkan untuk melunaskan impianku ini.
Temanku pernah bertanya tentang " sepi" Katanya padaku dengan harapan " ceritalah pada ku tentang sepi itu". Lalu aku memandangnya dengan secangkir senyuman " indah.. lebih indah daripada yang kau sangka, kerna dia mengajarmu untuk mencermin diri, biar sedikit pedih hasilnya tetap lumayan." dan dia masih keliru hingga kini....
Hari ini kak umieku berangkat lagi ke Saudi untuk membawa jemaah umrah. Alangkah beruntungnya beliau kerna tak sampai sebulanpun pulang dari situ, sudah dipanggil semula. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusannya.
Kekurangan dalam segala hal menjadikan aku semakin bersyukur dan beringat bahawa tiada yang sempurna dalam hidup ini. Aku bersyukur atas segala peluang hidup yang Allah hadiahkan buatku dan segala hambanya..
hingga ke hari ini walaupun aku sudah tamat pengajian berulang kali tetapi aku masih gagal dalam mata pelajaran ini " istilah persahabatan". Untuk itu akhirnya aku mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati dan mengenepikan terus mata pelajaran ini. Berbuat baik sahaja kepada semua orang untuk melengkapi habilum minnan-nas...
Kerana pulut santan binasa. Inilah kenyataan yang berlaku semalam. Aku semakin keliru, setiap kali kami bertembung, kedua-duanya selalu melemparkan senyuman manis, tetapi dalam hati penuh dengan prasangka yang buruk. Buatku biarpun perbuatan mereka kebanyakannya melampui batas, namun demikian aku sudah memaafkannya, cuma melupakan itu tentu agak payah bagiku.
Apa salahnya berbicara baik-baik denganku?. Kedangkalan yang menakjubkan berlaku apabila meletakkan ego lebih tinggi daripada kepala sendiri.Mudah-mudahan amarah ini akan berhenti nanti.....
Banyak perkara yang berlaku dalam hidupku sejak akhir-akhir ini. Namu rasanya aku ingin bicara perkara yang manis-manis dahulu. Pertama, syukur alhamdulillah kerna mendapat hadiah telefon bimbit baharu dan ia sangat berharga buatku. Kemudiannya, Allah beri aku kemenangan dalam pertandingan WOW, amazing race pada hari Sabtu lepas. Mendapat tempat pertama dan hadiah sebanyak 300 ringgit yg kukongsikan bersama empat lagi temanku. Hadiah tidak menjadi keutamaan buatku yang penting, kenangan....
aku cuba menyapamu dengan cara yang baik-baik supaya kita bersahabat seperti biasa tetapi kau terlalu angkuh. Aku sebenarnya tidak pernah rugi apa-apa....cuma kasihan melihat tingkahmu...miskin perasaan.
sebenarnya sudah lama aku tidak ke sini meladeni perasaanku mungkin kerna aku terlalu sibuk dengan urusan kerja hingga lupa akan perasaanku dan tanggapanku pada alam hidup...
sehingga kini aku masib belum menemui keberanianku yg telah lama hilang. jadi aku harus terus berusaha memperbaik kehidupanku agar tidak diinjak oleh masa lalu..
kalau boleh aku ingin rasa gembira sepanjang waktu, namun begitu apabila kufikirkan kemudiannya, hal ini tentu-tentu tidak wajar kerna ia jelas sudah melanggar fitrah manusia yang punya pelbagai ragam perasaan, sedih, kecewa dan marah. Bimbang pula nanti aku kehilangan nikmat hidup...
Hidup sendiri bukan masalah besar buatku kerna sudah terbiasa. Allah tentu punya rencana untukku. Jadi aku tidak kisah akan hal ini, yang penting aku bahagia dan sentiasa bersyukur. Malah aku boleh bersuka ria sesukaku asal tidak melangkaui batas agama dan amanah orang tua. Cuma aku kurang gemar kalau orang bertanya, dan aku hanya boleh menjawab.. " itu urusan Sang Khaliq ..."
Hoyeeeeeee syukur alhamdulillah hari ini dalam penyata bulanan kulihat bahawa aku bakal naik gaji lagi. Terima kasih Kekasihku Sang Khaliq kerna hadiahkanku rezeki. Mudah-mudahan barakah untukku berpanjangan. Amin amin amin...
Hari ini hari penuh keberkataan semua orang tentu tahu akan hal ini. Aku berharap dapat meneruskan puasaku hingga ke Nifsu Syaaban 24 haribulan ini. Kalau Allah tidak mengizinkan kerna fitrahku sebagai seorang perempuan, aku redha tetapi aku tetap akan bersedih kerna ini memang kelemahanku sebagai manusia. Aku ketinggalan israj mikraj bulan lalu kerna berada di luar negara,bukan lupa tetapi salah kira tarikh. Setiap kali rejab dan syaaban berlalu aku berasa begitu pilu tetapi aku tetap menunggu ramadhan dengan penuh kerinduan. Ya Allah, wahai Kekasihku, terima kasih kerna menghadirkan ketiga-tiga bulan kerahmatan ini buatku dan semua hambaMu.
Ya Allah, wahai Kekasihku, cintaku padamu tanpa syarat. Aku mencintaimu dengan segala kelemahanku, jadi maafkanlah aku. Rinduku padaMu tidak pernah berpenghujung dan cintaMu yang agung itu sudah cukup buatku. Amin amin amin...
Aku teringat akan walidku yang telah lama pergi meninggalkan kami utk bertemu dengan Sang Khaliq. Walidku sangat dedikasi terhadap kerjanya sebab itu beliau berjaya menyandang anugerah peladang jaya kebangsaan yang pertama di Malaysia dan fotonya dipamer di Memorial Tun Abdul Razak Dulu semasa aku kecil selalu dibawa ke kebun dengan motosikal dan aku diletakkan dalam raganya bersama tandanan pisang. Aku sungguh merinduinya.
aku cuba melawan kesedihan atas byk perkara yang berlaku dengan sebaik mungkin. Semalam pergi shopping dan beli byk barang semata mata untuk meredakan hati Munie kata " kalau kak ct sedih selalu lama2 boleh muflis" dan aku masih tidak mampu tersenyum.
Selamat tinggal Munie. Sahabat terakhir teman paling manis. Allah telah susun bahawa pertemuan ini harus berhenti di sini dan aku harus juga menerima kenyataan.
Hari yang sukar ini terpaksa kutempuh dengan hati yang cukup tabah. Kehidupan harus diteruskan dan kalau boleh enggan menoleh ke belakang. Ada amanah yang harus ditanggung. Berpisah dengan sahabat baik bukanlah suatu perkara yang mudah.
Pulang ke kampung lagi aku atas permintaan bonda tercinta. Dalam waktu yang singkat ini aku hanya akur sahaja segala arahannya agar aku tidak menyesal kemudian. Nasib baik ada Wafi anak buahku yang berusia dua tahun, peneman kesedihan.
Keletihan emosi yang sukar untuk dibendung lagi hatiku seperti awan yang sarat dengan hujan Tingkah anak~anak didikku sejak akhir~akhir ini sedikit mencabar.Akhirnya kuakui juga betapa sukarnya untuk menjadi pendidik. Ya Allah berilah aku kekuatan dan ketegaran hati....
Bualan yang sangat sibuk untuk merebut peluang yang Allah beri kepada setiap hambaNya. Sayangku pada ramadhan bertaut erat seperti rejab dan syaaban....
berada di persimpangan bukanlah waktu yang terbaik buatku kerana aku memang sejak dari dulu kurang bijaksana untuk memilih.. mengikut hati atau menurut kewajaran, untuk kebahagian dia atau aku, biar sahaja atau ambil peduli....
Katanya.. " saya hanya akan datang ke sini apabila ingin bergossip dan menjamu selera" .. dasar dangkal hati. Apa dia tidak tahu bersamaan dan perbezaan yang ketara dalam akuannya itu?. Yang pertama tentu-tentu maksudnya makan bangkai kerna orang yang suka mengumpat itu seperti memakan bangkai dan yang kedua menjamah rezeki.. bayangkankan kalau dia melakukan kedua-duanya dalam waktu yang sama... hummmm
Aku berharap aku dapat memberikan buah teladan yang baik untuk orang-orang yang berada di sampingku dalam lingkungan yang luas. Dengan doa yang berterusan.....
Sudah lama aku tidak berada di sini. Merawat hati. Dan akhirnya setelah semuanya hampir sampai di penghujung, aku mula punya kekuatan untuk bertinta lagi. Perlukan aku berkongsi kisah yang menyayat hati ini ????
Hubungan antara rakan, itulah yang paling sesuai untuk didefinisikan antara aku dengan mereka. Seperti sehelai kertas putih, apabila ada kekotoran, kupadamkan agar putih semula, apabila terkoyak aku cantumkan semula biar rupanya semakin hodoh.. tetapi kali ini aku sudah tidak mampu lagi. Jadi lebih baik kucampakkan sahaja dalam bakul sampah di tepi kakiku kerana di situlah selayaknya ia kerna tidak tahu menghargai dan aku pula sudah tidak mampu untuk meneruskan usaha menampal rebakan demi rebakan pada kertas yang entah bagaimana rupanya kini...
Untuk meredakan hati biar usah gentar maka aku hilang keberanian untuk menoleh ke belakang dan berjalan ke hadapan dengan perlahan dan cukup berhati-hati, mana tahu apa akan terjadi nanti.....
Bertemu denganmu lewat petang wahai " tetamu hatiku" dan kau masih seperti itu "Don Juan" yang selalu membuatku ketawa dalam senduku dengan ulah tingkahmu yang lucu. Sekurang-kurangnya ia dapat meredakan segala sakitku.Terima kasih sebab kau mengingatkan aku tentang banyak perkara yang aku hampir terlupa....
Aku ingin lebih kuat seperti sebelumnya supaya aku dapat meneruskan hidupku dalam rona tawa, air mata, gembira dan duka. Entah ke kemana agaknya semuanya kini, Ya Allah jauh lagikan penghujungnya.......?
Permis ini diari hatiku. Bicara tentang kesedihan, bicara tentang tawa dan air mata. Cuma ingin di sini sahaja. Namun masih ada jua yang kusimpan untuk diri sendiri belum bersedia untuk dikongsi..
Ada waktunya puisi yang kutulis hanya permainan hati dan ada waktunya betul-betul terjadi. Namun yang penting hanya aku yang tahu yang mana asli. Diksi-diksiku menyebabkan aku hilang teman. Ahhhh betapa ruginya akibat hanya salah sangka..hanya kerna aku sedikit pandai bermain kata-kata...merajuk terus dia.
Kasih sayangku pada emak sungguh besar hingga tidak dapatku lukis dengan kata-kata. Kasihku pada emak sungguh luar biasa hingga tidak dapatku gambarkan dalam minda...mak, selamat hari ibu.
Sudah lama aku tidak mencatat lagi, seperti dulu. Hati entah ke mana pergi. Merawat diri. Hari ini kutitip puisi-puisi tetamu hati mengimbau nostalgia yang diukir bersama teman tetamu hati, sahabat masa lalu...
Sudah lama aku tidak mencatat lagi, seperti dulu. Hati entah ke mana pergi. Merawat diri. Hari ini kutitip puisi-puisi tetamu hati mengimbau nostalgia yang diukir bersama teman tetamu hati, sahabat masa lalu...
Sudah lama aku tidak ke sini. Menulis seperti dulu. Hati entah ke mana pergi. Merawat diri. Hari ini kutitip puisi ilham tetamu hati, bercanda dalam puisi. Indahnya mengenang masa lalu teman puisi tetamu hati, sahabat yang telah lama pergi...
Masa berlalu memang begitu pantas sekali namun tidak pula demikian hatiku...seolah masih seperti kelmarin duduk bercanda dengan teman, teman paling akrab, teman air mata dan tawa. Entah sejak bila, aku telah lupa bahawa semuanya telah jauh kutinggal di belakang...
Aku ingin menjadi orang yang sangat sabar sebenarnya..ini cita-citaku yang kukira paling tulus..namun begitu makin kuikat akrab cita-citaku ini makin goyah hatiku... Wahai Rabbku...eratkan aku dengan cita-citaku ini agar aku bisa kembali bertemu denganmu dengan hati yang damai....aminnnnnnnn
Menjadi insan yang sangat sabar..... Ini cita-citaku yang kukira paling tulus. Namun entah mengapa, makin kuikat akrab cita-citaku ini makin goyah pula hatiku. Wahai Rabbku, simpulkankanlah ikatanku ini dengan lebih erat agar aku dapat kembali bertemu denganMu dengan hati yang lebih damai....
Aku, alongku dan dua gelas carrot susu. Bicara tentang falsafah hidup. Ketawa dan pilu saling bertingkah...lalu kami tersenyum lama tanpa sedar masa pantas berlalu..
Aku, alongku dan dua gelas carrot susu. Bicara tentang falsafah hidup. Ketawa dan pilu saling bertingkah...lalu kami tersenyum lama tanpa sedar masa pantas berlalu..
Akhirnya aku belajar sesuatu yang baharu. Harus lebih berhati hati apabila berhadapan dengan manusia yang bermulut manis dan santun bicara kerana rupanya apa yg kita terima mungkin juga bukan seperti mana dia kelihatan memberi....
Ada waktunya aku sendiri kurang memahami fasa yang sedang kulalui ini. Aku mulai menilai tentang falsafah hidup dengan pandangan yang berbeza. Kehidupan akhirat itu lebih penting untuk dikejar dan urusan dunia harus bijak pertimbangan. Bersederhana sahaja.
Sakit ini memang benar-benar menguji kesabaranku, penat ini benar-benar memberi pelajaran bagiku, dan akhirnya aku mengerti bahawa hidup ini memang banyak ronanya. harus ada sakit, sedih dan air mata biar gembira datang pada penghujungnya..siapa tahu ???????
Dalam diam rupanya sudah setahun lebih aku tidak datang ke sini. Taman tempatku merawat hati. Kali ini aku berharap aku benar-benar akan sembuh sepenuhnya. Enggan menoleh ke belakang lagi biar ada rindu yang menjalar pada masa laluku yang indah.... rindu, diam kau di situ, jangan ikut aku pergi!
Ketika aku bercuti ke Seoul lewat November lalu, aku sebenarnya benar-benar menikmati percutian itu, musim luruh yang pergi dan salju yang turun menggamit hati sehari sebelum kami berangkat pulang benar-benar indah. Biar cuma kami bertiga di sana...
Sebak, peliknya perasaan ini. Seperti air yang bertakung penuh dalam kolah hati. Berusaha menjaganya dengan rapi biar tidak tertumpah. Ingin sekali menangis....
Ingin mencoret lagi namun entah mengapa hilang kata kata. Aku sebenarnya tidak suka melukai dan dilukai kerna aku percaya perasaan ini memang jelas tidak enak untuk ditanggungi oleh sesiapapun walaupun berada di pihak yang berbeda..berbuat baiklah dan sebarkannya kerna ada nilai bahagia di sisi yang hanya mampu dilihat dengan mata hati. Percayalah tidak akan pernah akan rugi. Mana mungkin gula itu boleh jadi pahit..
Jasad telah kenyang namun hati tetap kelaparan. Minda masih lagi bersiar siar mencari pemaknaan mengapa dan bagaimana. Bila aku mahu berhenti mencari erti bahagia..
Setiap orang memiliki tafsiran tentang berbeda tentang bahagia. Kalau sudah boleh senyum itu bahagiakah? Jika ketawanya besar besar itu maknanya ada bahagiakah? Ataupun sudah boleh bicara dengan banyak itu maknanya memang hati sudah rasa bahagiakah?..lalu apa itu bahagia..Bagaimana rasanya bahagia itu? Huuummm di mana agaknya cerminku tadi, mungkin bisa memberiku jawapan.
Aku ingin sekali menjadi orang yang mencintai kebaikan dan menyebarkannya dengan harapan seisi dunia ini dipenuhi oleh orang yang baik baik juga. Bersangka baik berbuat baik dan saling memberi dan menerima buah kebaikan. Sukar sangatkah....
Pada usia yang tersisa, tiba tiba fikiranku berubah arah. Pernah juga beberapa kali aku menyesal kerna tidak mampu melarik peta hidupku dengan baik. Namun kin aku belajar untuk akur bahawa bukan keseronokan lagi menjadi petunjuk jalan. Aku hanya mahu berusaha melengkap kamus hidup sebelum bertemu Sang Khaliq..
Bagaimana seharusnya, aku ini ingin memahami tentang falsafah hidup. Harus banyak ketawakah dan perlu melempar air mata jauh ke lubukkah atau aku perlu diam dan menanti setiap yang datang dengan debaran. Tahu-tahu masa lalu telah jauh ke belakang....mana mungkin aku bisa kembali..
Buatku, menerima dan memberi itu wajar, tawa dan air mata itu juga wajar, beralah kalah itu memang wajar, menyakiti dan disakiti itu malah boleh jadi juga wajar. Yang kurang wajar itu adalah apabila aku hilang keseimbangannya.Menerima tanpa memberi, tawa tanpa pernah ada air mata, menang tanpa mahu mengalah...
Bagaimanakah agaknya manusia boleh hidup dengan jiwa yang mati. Jiwa yang hilang arah, jiwa yang tidak pernah mengenal Sang Penciptanya..jiwa yang dipenuhi dengan tanggapan yang sia sia. Mujur saja, aku sangat jauh daripada itu. Alhamdulillah.
Hidup yang tampak mudah ini sebenarnya justeru amat menakutkan. Lebih lebih lagi apabila kita terlepas daripada tali yang harus dipegang erat. Tali yang mendorong dan menyuluh kepada jalan yang benar..
Entah dari mana rasa malas ini datang. Entah bagaimana mahu menghindarinya pula. Terasa seperti terperangkap hingga semua detik seakan terhenti seketika dan sangat lambat..
hidup ini harus mengalami rasa datang dah pergi. Harus mengalami rasa kehilangan. Harus juga menerima dan memberi, suka dan benci. Semuanya harus seimbang. Apabila berat salah satunya, maka hidup boleh jadi tidak waras.
Aku ingin menjadi orang yang suka memberi bukan menerima. Aku ingin sekali menjadi orang yang bahagia bukan derita.Aku ingin sekali menjadi orang yang selalu beruntung bukan rugi dan aku ingin sekali untuk hidup dengan penuh rasa syukur bukan mengeluh resah. Malah aku ingin semua yang baik baik hadir dalam hidupku. Namun mana mungkin...
Aku mahu teman yang bagaimana sebenarnya? Teman yg sangat aku percaya, teman yang selalu ada tika ketawa dan air mata. Teman yang sentiasa membetulkan tat kala aku khilaf. Teman yang benar-benar selesa.
Sejak akhir-akhir ini aku sering jadi pelupa. Padahal baru sebentar sahaja aku melakukan sesuatu perkara, sedetik kemudian.. Apa yang aku lakukan tadi? Sungguh aku memang benar-benar tidak ingat. Hal ini semakin kerap terjadi. Benarkan usia itu mampu mereputkan daya ingatan?...
Apa yang kulihat indah pada mataku, belum tentu indah dalam hatiku. Begitu juga sebaliknya. Misalnya, ketika aku sedang tersenyum,padahal hatiku sedang hiba. Pada akhirnya dalam rasa keliru, aku membuat keputusan untuk meneruskan hidup tanpa terlalu memikirkannya.
Ini jurnalku yang pertama. Justeru aku mengambil kesempatan ini untuk mencoretkan secangkir daripada pengalamanku ketika bercuti di Hatyai bersama kakak-kakak dan abangku serta teman-teman kami. Sejujurnya percutian ini lebih indah kerna kehadiran mereka. Hubungan kami kian akrab dengan senda dan tawa serta sedikit perbalahan manis. Melawat ke gua di pinggir kota mungkin juga pengalaman yang sangat menakjubkan, dan tak mungkin akan kuulangi lagi kerna sangat menakutkan. Tidak kunafikan juga bahawa makanan di sana enak-anak. Buat masa ini aku enggan ke sana lagi.....ingin ke Korea bersama mereka pula....
BalasPadamBerikut ini jurnalku yang kedua, ketika aku pulang ke kampung baru-baru ini, perasaanku erlainan sedikit. hal ini demikian kerna pamanku telah dijemput oleh Sang Khaliq untuk mengadapNya. Justeru hatiku liar mentafsirkan segala makna duka. Kupandang wajah bondaku yang begitu sugul , lalu aku berkata.. " mak, sekarang emak tinggal berdua kerna yang lain sudah pergi dan aku nantinya juga mungkin akan mengalami situasi yang serupa andai bukan aku yang pergi dulu di kalangan kami adik beradik. Dan hal ini membuatkan emosiku tiba-tiba menjadi lebih tinggi sedikit, kesedihan untuk masa hadapan....
BalasPadamPelarian perasaan. Hal ini sudah lama ingin kubicarakan. Hidup ini penuh dengan kekalutan kalau kita gagal mengemudinya dengan baik. Justeru itulah tanpa disedari wujud istilah pelarian perasaan. Lebih tepatnya melarikan perasaan atas dorongan emosi atau keinginan hingga kemudiannya membuahkan bibit-bibit hubungan yang tanpa kita sedari sebenarnya jelas terlarang. Atas alasan apapun sebenarnya tetap salah....
BalasPadamKebencian itu membunuh perasaan. Malah seerti racun yang menyerap dalam jiwa dan kemudiannya merosakkan perasaan. Lebih ironi lagi apabia kita yang sebenarnya sedar akan hal ini membiarkan ia berlaku tanpa mampu berbuat apa-apa kerna kewalahan melayani emosi. Membiar kesakitan melata rakus menghazam lumat garis kedamaian hingga kemudiannya mematikan perasaan.
BalasPadamPercutian yang sudah sampai di penghujung tiba-tiba meresahkan perasaan apabila rehat yang panjang ini benar-benar mendamaikan hati tanpa perlu memikirkan hal-hal yang melemaskan terutama sekali politik kerja......
BalasPadamSeseorang pernah memberitahu kepadaku tentang "singa yang terluka" ditolong enggan malah bertindak ganas apabila didekati namun akhirnya mati bersama egonya sendiri...mudah-mudahan aku tidak seperti itu....
BalasPadamApabila penilaian itu tidak dibuat secara adil maka seudah tentu harus punya keberanian untuk menjawabnya kelak semasa di akhirat. Lebih buruk lagi kalau enggan pula mengakui kesilapan diri dan mencari kelemahan orang lain. Semakin lama kehidupan ini semakin melemaskan apabila di kelilingi oleh orang-orang yang kurang waras pemikiran.
BalasPadamSelamat datang tahun baharu, mudah2an ada yang terbaik untukku menanti dan hati jadi lebih kuat lagi menongkah arus cabaran.
BalasPadamHidup ini harus berani menghadapi istilah " datang dan pergi". Namun mungkin juga aku memiliki kelemahan yang besar untuk punya keberanian memahami istilah itu. Hal ini demikian kerna rasa enggan kehilangan masih bertaup kejab dalam sanubariku......
BalasPadamaku naik umur lagi esok, mudah-mudahan aku hidup lebih bahagia dan punya lebiih masa untuk berkarya.
BalasPadamKetika kerjaku banyak hingga tak cukup tangan, tiba-tiba mindaku seperti memberikan aku jalan keluar. Katanya padaku.. " esok pencen sahaja, tak usah menunggu hingga usia 60". Namun persoalannya siapa mahu melunaskan semua bil bulananku...
BalasPadamWalaupun aku sudah lama memaafkan atas segala perbuatannya kepadaku, namun sejujurnya hingga ke hari ini aku masih belum mampu untuk memandangnya. Entah sampai bila amarahku akan padam?...
BalasPadamRasanya belum terlambat untukku merancang "belanjawan hati" biar nanti aku tidak membazir perasaan malah air mata juga. Sekarang ini bahagia dan gembira itu sedikit mahal harganya dan untuk memilikinya harus punya usaha yang lebih....
BalasPadamSemalam temanku terlupa bahawa dia ada peperiksaan yang besar. Hal ini disedari setelah dia sampai di tempat kerja. Ahhhhh bagaimana dia boleh lupa, hal yang sebegini penting dalam hidupnya, nasib baik dia sempat mengambil peperiksaan tersebut. Mudah-mudahan aku tidak melupakan hal-hal yang penting dalam hidupku.
BalasPadamMendung hari ini seperti hatiku, mngkin mahu berkongsi perasaan. Saat yang paling menggetarkan hatiku apabila dengan tiba-tiba aku berada di persimpangan. Harus memilih sedangkan aku tidak punya kebijaksanaan dalam bercatur, bagaimana nanti kalau aku silap mengambil keputusan... mahu teruskan atau berhenti? mahu yang ini atau yang itu? mahu pergi atau tidak?....
BalasPadamRindupun datang lagi, kali ini kepada teman-temanku yang sama-sama belajar di USM. Keakraban kami pudar setelah kami habis belajar. Mudah-mudahan kami bisa bersua lagi, mana tahu nanti kami akan sama-sama sambung belajar....
BalasPadamHari ini aku mendapat hadiah daripada teman2ku sempena ulang tahun. Justeru aku sangat menghargainya atas keprihatinan mereka bertiga.
BalasPadamApabila aku jatuh sakit, orang-rang di sekelilingku sangat mengambil berat. Nasihat yang tak putus-putus menyebabkan ada waktunya aku sendiri menjadi panik, lebih-lebih lagi apabila arahan yang perlu diphotostat terlalu banyak, jangan makan itu, jangan buat ini, harus begitu, perlu begini.....tapi yang jelas aku rasa bahagia...
BalasPadamRupanya aku ini kurang mahu belajar, lalu menyebabkan kesilapan berulang ganti dan akhirnya melukakan hatiku sendiri. Namun demikian pengalaman daripada masa lalu ini amat berharga buatku. Mudah-mudahan aku bisa mampu hidup dengan lebih baik lagi.
BalasPadamSelamat berangkat buat ahli keluargaku yang akan mengerjakan umrah seminggu lagi. Entah kenapa buat kali ini aku teragak-agak untuk ikut, mungkin sbb aku baru pulang dari sana tetapi hati tetap masih ada rindu....insyaallah tahun depan.
BalasPadamBerkelana lagi hatiku mencari erti " damai di hati " yang mungkin masih tersisa dalam detik-detik yang menakjubkan ini. Namun yang pasti aku masih belum ingin berhenti mentafsir makna yang tersirat..
BalasPadamKadang-kadang, oleh sebab terlalu berharap, sering kali aku berasa keletihan, apabila berharap tidak disambut oleh kesungguhan. Buat anak muridku " aku hanya punya satu keinginan, iaitu melihat kalian berjaya di dunia dan di akhirat" . Sungguh aku kurang mengerti, begitu sukarkan untuk melunaskan impianku ini.
BalasPadamSelamat berangkat untuk kak long dan umie serta semua jemaah ke tanah suci bagi mengerjakan umrah....
BalasPadamKesabaran yang kian teruji. Namun begitu aku tetap enggan mengalah pada percaturan ini.
BalasPadamTemanku pernah bertanya tentang " sepi" Katanya padaku dengan harapan " ceritalah pada ku tentang sepi itu". Lalu aku memandangnya dengan secangkir senyuman " indah.. lebih indah daripada yang kau sangka, kerna dia mengajarmu untuk mencermin diri, biar sedikit pedih hasilnya tetap lumayan." dan dia masih keliru hingga kini....
BalasPadamSelamat pulang ke tanah air buat kakak-kakakku...
BalasPadamBuat pertama kali menonton wayang ngan along.
BalasPadamSetiap kali sampai tempat kerja stress. Silap hari bulan pencen awallah nampaknya.
BalasPadamHari ini kak umieku berangkat lagi ke Saudi untuk membawa jemaah umrah. Alangkah beruntungnya beliau kerna tak sampai sebulanpun pulang dari situ, sudah dipanggil semula. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusannya.
BalasPadamBanyak perkara berlaku dalam hidupku sejak akhir-akhir ini. namun yang jelas semuanya bersifat pembelajaran paling berharga.
BalasPadamKekurangan dalam segala hal menjadikan aku semakin bersyukur dan beringat bahawa tiada yang sempurna dalam hidup ini. Aku bersyukur atas segala peluang hidup yang Allah hadiahkan buatku dan segala hambanya..
BalasPadamhari silih berganti, hidup datang dan pergi dan aku sudah mula lali dengan perkara ini.......
BalasPadamKelmarin ketika aku pulang ke kampung, kulihat emak semakin tua dan hatiku menjadi semakin sebak.....
BalasPadamhingga ke hari ini walaupun aku sudah tamat pengajian berulang kali tetapi aku masih gagal dalam mata pelajaran ini " istilah persahabatan". Untuk itu akhirnya aku mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati dan mengenepikan terus mata pelajaran ini. Berbuat baik sahaja kepada semua orang untuk melengkapi habilum minnan-nas...
BalasPadamKerana pulut santan binasa. Inilah kenyataan yang berlaku semalam. Aku semakin keliru, setiap kali kami bertembung, kedua-duanya selalu melemparkan senyuman manis, tetapi dalam hati penuh dengan prasangka yang buruk. Buatku biarpun perbuatan mereka kebanyakannya melampui batas, namun demikian aku sudah memaafkannya, cuma melupakan itu tentu agak payah bagiku.
BalasPadamApa salahnya berbicara baik-baik denganku?. Kedangkalan yang menakjubkan berlaku apabila meletakkan ego lebih tinggi daripada kepala sendiri.Mudah-mudahan amarah ini akan berhenti nanti.....
BalasPadamcuti kali ini agak bermakna buatku kerna tidak membosankan. ada byk aktiviti. yg paling best dapat hadiah handphone baharu.
BalasPadamrejab yang kurindu datang lagi mudah mudahan hidup mendapat keredhaan dan keberkatan yang berkekalan. amin amin amin
BalasPadamselamat tinggal rejab semoga kita ketemu lagi tahun hadapan.. dan mudah-mudahan aku akan menyambutmu dengan lebih meriah lagi...
BalasPadamaku ingin seakrab mungkin denganmu syaaban. Mendakapmu dalam hati biar aku jadi lebih tenang sebelum ramadhan datang...
BalasPadamBanyak perkara yang berlaku dalam hidupku sejak akhir-akhir ini. Namu rasanya aku ingin bicara perkara yang manis-manis dahulu. Pertama, syukur alhamdulillah kerna mendapat hadiah telefon bimbit baharu dan ia sangat berharga buatku. Kemudiannya, Allah beri aku kemenangan dalam pertandingan WOW, amazing race pada hari Sabtu lepas. Mendapat tempat pertama dan hadiah sebanyak 300 ringgit yg kukongsikan bersama empat lagi temanku. Hadiah tidak menjadi keutamaan buatku yang penting, kenangan....
BalasPadamaku cuba menyapamu dengan cara yang baik-baik supaya kita bersahabat seperti biasa tetapi kau terlalu angkuh. Aku sebenarnya tidak pernah rugi apa-apa....cuma kasihan melihat tingkahmu...miskin perasaan.
BalasPadamsebenarnya sudah lama aku tidak ke sini meladeni perasaanku mungkin kerna aku terlalu sibuk dengan urusan kerja hingga lupa akan perasaanku dan tanggapanku pada alam hidup...
BalasPadamsehingga kini aku masib belum menemui keberanianku yg telah lama hilang. jadi aku harus terus berusaha memperbaik kehidupanku agar tidak diinjak oleh masa lalu..
BalasPadamkalau boleh aku ingin rasa gembira sepanjang waktu, namun begitu apabila kufikirkan kemudiannya, hal ini tentu-tentu tidak wajar kerna ia jelas sudah melanggar fitrah manusia yang punya pelbagai ragam perasaan, sedih, kecewa dan marah. Bimbang pula nanti aku kehilangan nikmat hidup...
BalasPadamHidup sendiri bukan masalah besar buatku kerna sudah terbiasa. Allah tentu punya rencana untukku. Jadi aku tidak kisah akan hal ini, yang penting aku bahagia dan sentiasa bersyukur. Malah aku boleh bersuka ria sesukaku asal tidak melangkaui batas agama dan amanah orang tua. Cuma aku kurang gemar kalau orang bertanya, dan aku hanya boleh menjawab.. " itu urusan Sang Khaliq ..."
BalasPadamHoyeeeeeee syukur alhamdulillah hari ini dalam penyata bulanan kulihat bahawa aku bakal naik gaji lagi. Terima kasih Kekasihku Sang Khaliq kerna hadiahkanku rezeki. Mudah-mudahan barakah untukku berpanjangan. Amin amin amin...
BalasPadamHari ini hari penuh keberkataan semua orang tentu tahu akan hal ini. Aku berharap dapat meneruskan puasaku hingga ke Nifsu Syaaban 24 haribulan ini. Kalau Allah tidak mengizinkan kerna fitrahku sebagai seorang perempuan, aku redha tetapi aku tetap akan bersedih kerna ini memang kelemahanku sebagai manusia. Aku ketinggalan israj mikraj bulan lalu kerna berada di luar negara,bukan lupa tetapi salah kira tarikh. Setiap kali rejab dan syaaban berlalu aku berasa begitu pilu tetapi aku tetap menunggu ramadhan dengan penuh kerinduan. Ya Allah, wahai Kekasihku, terima kasih kerna menghadirkan ketiga-tiga bulan kerahmatan ini buatku dan semua hambaMu.
BalasPadamYa Allah, wahai Kekasihku, cintaku padamu tanpa syarat. Aku mencintaimu dengan segala kelemahanku, jadi maafkanlah aku. Rinduku padaMu tidak pernah berpenghujung dan cintaMu yang agung itu sudah cukup buatku. Amin amin amin...
BalasPadamAku teringat akan walidku yang telah lama pergi meninggalkan kami utk bertemu dengan Sang Khaliq. Walidku sangat dedikasi terhadap kerjanya sebab itu beliau berjaya menyandang anugerah peladang jaya kebangsaan yang pertama di Malaysia dan fotonya dipamer di Memorial Tun Abdul Razak Dulu semasa aku kecil selalu dibawa ke kebun dengan motosikal dan aku diletakkan dalam raganya bersama tandanan pisang. Aku sungguh merinduinya.
BalasPadamHari ini aku pulang ke kampung melawat bonda tercinta
BalasPadamDah dua hari dapt cuti. jerebu makin teruk dan pagi ini bacaannya hampir 500. Jadi duduk umah sahajalah.
BalasPadamaku cuba melawan kesedihan atas byk perkara yang berlaku dengan sebaik mungkin. Semalam pergi shopping dan beli byk barang semata mata untuk meredakan hati Munie kata " kalau kak ct sedih selalu lama2 boleh muflis" dan aku masih tidak mampu tersenyum.
BalasPadamSelamat tinggal Munie. Sahabat terakhir teman paling manis. Allah telah susun bahawa pertemuan ini harus berhenti di sini dan aku harus juga menerima kenyataan.
BalasPadamkutuliskan puisi buat sahabatku dengan air mata. Bukan enggan menerima tetapi tidak upaya.
BalasPadamHari yang sukar ini terpaksa kutempuh dengan hati yang cukup tabah. Kehidupan harus diteruskan dan kalau boleh enggan menoleh ke belakang. Ada amanah yang harus ditanggung. Berpisah dengan sahabat baik bukanlah suatu perkara yang mudah.
BalasPadamPulang ke kampung lagi aku atas permintaan bonda tercinta. Dalam waktu yang singkat ini aku hanya akur sahaja segala arahannya agar aku tidak menyesal kemudian. Nasib baik ada Wafi anak buahku yang berusia dua tahun, peneman kesedihan.
BalasPadamKeletihan emosi yang sukar untuk dibendung lagi hatiku seperti awan yang sarat dengan hujan Tingkah anak~anak didikku sejak akhir~akhir ini sedikit mencabar.Akhirnya kuakui juga betapa sukarnya untuk menjadi pendidik. Ya Allah berilah aku kekuatan dan ketegaran hati....
BalasPadamBualan yang sangat sibuk untuk merebut peluang yang Allah beri kepada setiap hambaNya. Sayangku pada ramadhan bertaut erat seperti rejab dan syaaban....
BalasPadamaku ingin sekali berhenti berduka..biar tidak terus merosak perasaanku....tetapi entah bagaimana..
BalasPadamberada di persimpangan bukanlah waktu yang terbaik buatku kerana aku memang sejak dari dulu kurang bijaksana untuk memilih.. mengikut hati atau menurut kewajaran, untuk kebahagian dia atau aku, biar sahaja atau ambil peduli....
BalasPadamKatanya.. " saya hanya akan datang ke sini apabila ingin bergossip dan menjamu selera" .. dasar dangkal hati. Apa dia tidak tahu bersamaan dan perbezaan yang ketara dalam akuannya itu?. Yang pertama tentu-tentu maksudnya makan bangkai kerna orang yang suka mengumpat itu seperti memakan bangkai dan yang kedua menjamah rezeki.. bayangkankan kalau dia melakukan kedua-duanya dalam waktu yang sama... hummmm
BalasPadamSudah lama pergi namun sampai sekarang bau najisnya masih berbau di dalam kawasan kejiranan...
BalasPadamhummmm kalau menulis sedang marah memang tidak enak... sumbang sungguh segala diksinya dan tidak ikut aturan.
BalasPadamApabila aku sedang marah aku cuba berusaha untuk tidak begini.. " jangankan menegur, memandangpun aku tidak sudi.."
BalasPadamAku berharap aku dapat memberikan buah teladan yang baik untuk orang-orang yang berada di sampingku dalam lingkungan yang luas. Dengan doa yang berterusan.....
BalasPadamSudah lama aku tidak berada di sini. Merawat hati. Dan akhirnya setelah semuanya hampir sampai di penghujung, aku mula punya kekuatan untuk bertinta lagi. Perlukan aku berkongsi kisah yang menyayat hati ini ????
BalasPadamKesedihan orang itu bahan permainankah? Bagaimana andai kamu yang merasainya.....belum tentu kamu punya kekuatan....
BalasPadamHubungan antara rakan, itulah yang paling sesuai untuk didefinisikan antara aku dengan mereka. Seperti sehelai kertas putih, apabila ada kekotoran, kupadamkan agar putih semula, apabila terkoyak aku cantumkan semula biar rupanya semakin hodoh.. tetapi kali ini aku sudah tidak mampu lagi. Jadi lebih baik kucampakkan sahaja dalam bakul sampah di tepi kakiku kerana di situlah selayaknya ia kerna tidak tahu menghargai dan aku pula sudah tidak mampu untuk meneruskan usaha menampal rebakan demi rebakan pada kertas yang entah bagaimana rupanya kini...
BalasPadamRinduku pada masa lalu, masa bahagia tidak pernah luntur sama-sekali malah kian akrab......
BalasPadamKukongsikan puisi peribadiku dalam ruang hati....entah kenapa teringat akan dia "tetamu hatiku, masa lalu........"
BalasPadamUntuk meredakan hati biar usah gentar maka aku hilang keberanian untuk menoleh ke belakang dan berjalan ke hadapan dengan perlahan dan cukup berhati-hati, mana tahu apa akan terjadi nanti.....
BalasPadamSyukur alhamdulillah. Akhirnya, setelah kucuba berkali-kali, kerja yang diamanahkan siap juga pada tepat 1:31.
BalasPadamBertemu denganmu lewat petang wahai " tetamu hatiku" dan kau masih seperti itu "Don Juan" yang selalu membuatku ketawa dalam senduku dengan ulah tingkahmu yang lucu. Sekurang-kurangnya ia dapat meredakan segala sakitku.Terima kasih sebab kau mengingatkan aku tentang banyak perkara yang aku hampir terlupa....
BalasPadamTidak mengapa kalau enggan berjujur denganku. sudahku maafkan sejak dulu lagi.
BalasPadamAku ingin lebih kuat seperti sebelumnya supaya aku dapat meneruskan hidupku dalam rona tawa, air mata, gembira dan duka. Entah ke kemana agaknya semuanya kini, Ya Allah jauh lagikan penghujungnya.......?
BalasPadamPermis ini diari hatiku. Bicara tentang kesedihan, bicara tentang tawa dan air mata. Cuma ingin di sini sahaja. Namun masih ada jua yang kusimpan untuk diri sendiri belum bersedia untuk dikongsi..
BalasPadamEntah kenapa teringat pula teman yang sudah lama pergi. Taman tawa dan air mata.. cuma teman.
BalasPadamAda waktunya puisi yang kutulis hanya permainan hati dan ada waktunya betul-betul terjadi. Namun yang penting hanya aku yang tahu yang mana asli. Diksi-diksiku menyebabkan aku hilang teman. Ahhhh betapa ruginya akibat hanya salah sangka..hanya kerna aku sedikit pandai bermain kata-kata...merajuk terus dia.
BalasPadamKasih sayangku pada emak sungguh besar hingga tidak dapatku lukis dengan kata-kata. Kasihku pada emak sungguh luar biasa hingga tidak dapatku gambarkan dalam minda...mak, selamat hari ibu.
BalasPadamTidak ada hari tanpa pelajaran. Tidak ada hari tanpa kemahuan untuk membuat pembetulan.
BalasPadamSelamat kembali buat mereka yang telah pergi..MH17. Pilu meruntun hati.
BalasPadamSudah lama aku tidak mencatat lagi, seperti dulu. Hati entah ke mana pergi. Merawat diri. Hari ini kutitip puisi-puisi tetamu hati mengimbau nostalgia yang diukir bersama teman tetamu hati, sahabat masa lalu...
BalasPadamSudah lama aku tidak mencatat lagi, seperti dulu. Hati entah ke mana pergi. Merawat diri. Hari ini kutitip puisi-puisi tetamu hati mengimbau nostalgia yang diukir bersama teman tetamu hati, sahabat masa lalu...
BalasPadamSudah lama aku tidak ke sini. Menulis seperti dulu. Hati entah ke mana pergi. Merawat diri. Hari ini kutitip puisi ilham tetamu hati, bercanda dalam puisi. Indahnya mengenang masa lalu teman puisi tetamu hati, sahabat yang telah lama pergi...
BalasPadamMasa berlalu memang begitu pantas sekali namun tidak pula demikian hatiku...seolah masih seperti kelmarin duduk bercanda dengan teman, teman paling akrab, teman air mata dan tawa. Entah sejak bila, aku telah lupa bahawa semuanya telah jauh kutinggal di belakang...
BalasPadamAku ingin menjadi orang yang sangat sabar sebenarnya..ini cita-citaku yang kukira paling tulus..namun begitu makin kuikat akrab cita-citaku ini makin goyah hatiku... Wahai Rabbku...eratkan aku dengan cita-citaku ini agar aku bisa kembali bertemu denganmu dengan hati yang damai....aminnnnnnnn
BalasPadamMenjadi insan yang sangat sabar..... Ini cita-citaku yang kukira paling tulus. Namun entah mengapa, makin kuikat akrab cita-citaku ini makin goyah pula hatiku. Wahai Rabbku, simpulkankanlah ikatanku ini dengan lebih erat agar aku dapat kembali bertemu denganMu dengan hati yang lebih damai....
BalasPadamPilunya hati apabila melihat foto berbicara.. perlu apa untuk menunggu dan berharap lagi....apabila cermin membiaskan cerita..
BalasPadamSungguh aku tidak perlu teman untuk bergembira. Mana agaknya teman dukaku pergi...dan rindupun menjalar dalam rongga hati!!
BalasPadamAda waktunya aku jadi keliru untuk mendefinisi bahagia. Apa itu bahagia? Bagaimanakah yang dikatakan bahagia itu? Yang pasti harus ada ikhlas..
BalasPadamAku, alongku dan dua gelas carrot susu. Bicara tentang falsafah hidup. Ketawa dan pilu saling bertingkah...lalu kami tersenyum lama tanpa sedar masa pantas berlalu..
BalasPadamAku, alongku dan dua gelas carrot susu. Bicara tentang falsafah hidup. Ketawa dan pilu saling bertingkah...lalu kami tersenyum lama tanpa sedar masa pantas berlalu..
BalasPadamAkhirnya aku belajar sesuatu yang baharu. Harus lebih berhati hati apabila berhadapan dengan manusia yang bermulut manis dan santun bicara kerana rupanya apa yg kita terima mungkin juga bukan seperti mana dia kelihatan memberi....
BalasPadamMungkin hijrah ini hadiah terbaik buatku. Ujian ini harus kulalui dengan rantaian kesabaran yang hebat. Tuhan, beri aku kekuatan.
BalasPadamAda waktunya aku sendiri kurang memahami fasa yang sedang kulalui ini. Aku mulai menilai tentang falsafah hidup dengan pandangan yang berbeza. Kehidupan akhirat itu lebih penting untuk dikejar dan urusan dunia harus bijak pertimbangan. Bersederhana sahaja.
BalasPadamTuhan, harus bagaimana lagi harus dihadapi rasa ini.
BalasPadamDiamlah dan tunggu hasilnya nanti kerna akupun sama-sama menunggu seperti kalian...
BalasPadamSakit ini memang benar-benar menguji kesabaranku, penat ini benar-benar memberi pelajaran bagiku, dan akhirnya aku mengerti bahawa hidup ini memang banyak ronanya. harus ada sakit, sedih dan air mata biar gembira datang pada penghujungnya..siapa tahu ???????
BalasPadamDalam diam rupanya sudah setahun lebih aku tidak datang ke sini. Taman tempatku merawat hati. Kali ini aku berharap aku benar-benar akan sembuh sepenuhnya. Enggan menoleh ke belakang lagi biar ada rindu yang menjalar pada masa laluku yang indah.... rindu, diam kau di situ, jangan ikut aku pergi!
BalasPadamKetika aku bercuti ke Seoul lewat November lalu, aku sebenarnya benar-benar menikmati percutian itu, musim luruh yang pergi dan salju yang turun menggamit hati sehari sebelum kami berangkat pulang benar-benar indah. Biar cuma kami bertiga di sana...
BalasPadamSebak, peliknya perasaan ini. Seperti air yang bertakung penuh dalam kolah hati. Berusaha menjaganya dengan rapi biar tidak tertumpah. Ingin sekali menangis....
BalasPadamIngin mencoret lagi namun entah mengapa hilang kata kata. Aku sebenarnya tidak suka melukai dan dilukai kerna aku percaya perasaan ini memang jelas tidak enak untuk ditanggungi oleh sesiapapun walaupun berada di pihak yang berbeda..berbuat baiklah dan sebarkannya kerna ada nilai bahagia di sisi yang hanya mampu dilihat dengan mata hati. Percayalah tidak akan pernah akan rugi. Mana mungkin gula itu boleh jadi pahit..
BalasPadamJasad telah kenyang namun hati tetap kelaparan. Minda masih lagi bersiar siar mencari pemaknaan mengapa dan bagaimana. Bila aku mahu berhenti mencari erti bahagia..
BalasPadamSetiap orang memiliki tafsiran tentang berbeda tentang bahagia. Kalau sudah boleh senyum itu bahagiakah? Jika ketawanya besar besar itu maknanya ada bahagiakah? Ataupun sudah boleh bicara dengan banyak itu maknanya memang hati sudah rasa bahagiakah?..lalu apa itu bahagia..Bagaimana rasanya bahagia itu? Huuummm di mana agaknya cerminku tadi, mungkin bisa memberiku jawapan.
BalasPadamAku ingin sekali menjadi orang yang mencintai kebaikan dan menyebarkannya dengan harapan seisi dunia ini dipenuhi oleh orang yang baik baik juga. Bersangka baik berbuat baik dan saling memberi dan menerima buah kebaikan. Sukar sangatkah....
BalasPadamPada usia yang masih tersisa aku melihat ibuku begitu mengharap menunaikan impiannya. Tuhan,izinkan aku...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPada usia yang tersisa, tiba tiba fikiranku berubah arah. Pernah juga beberapa kali aku menyesal kerna tidak mampu melarik peta hidupku dengan baik. Namun kin aku belajar untuk akur bahawa bukan keseronokan lagi menjadi petunjuk jalan. Aku hanya mahu berusaha melengkap kamus hidup sebelum bertemu Sang Khaliq..
BalasPadamBagaimana seharusnya, aku ini ingin memahami tentang falsafah hidup. Harus banyak ketawakah dan perlu melempar air mata jauh ke lubukkah atau aku perlu diam dan menanti setiap yang datang dengan debaran. Tahu-tahu masa lalu telah jauh ke belakang....mana mungkin aku bisa kembali..
BalasPadamBuatku, menerima dan memberi itu wajar, tawa dan air mata itu juga wajar, beralah kalah itu memang wajar, menyakiti dan disakiti itu malah boleh jadi juga wajar. Yang kurang wajar itu adalah apabila aku hilang keseimbangannya.Menerima tanpa memberi, tawa tanpa pernah ada air mata, menang tanpa mahu mengalah...
BalasPadamBagaimanakah agaknya manusia boleh hidup dengan jiwa yang mati. Jiwa yang hilang arah, jiwa yang tidak pernah mengenal Sang Penciptanya..jiwa yang dipenuhi dengan tanggapan yang sia sia. Mujur saja, aku sangat jauh daripada itu. Alhamdulillah.
BalasPadamHidup yang tampak mudah ini sebenarnya justeru amat menakutkan. Lebih lebih lagi apabila kita terlepas daripada tali yang harus dipegang erat. Tali yang mendorong dan menyuluh kepada jalan yang benar..
BalasPadamEntah dari mana rasa malas ini datang. Entah bagaimana mahu menghindarinya pula. Terasa seperti terperangkap hingga semua detik seakan terhenti seketika dan sangat lambat..
BalasPadamhidup ini harus mengalami rasa datang dah pergi. Harus mengalami rasa kehilangan. Harus juga menerima dan memberi, suka dan benci. Semuanya harus seimbang. Apabila berat salah satunya, maka hidup boleh jadi tidak waras.
BalasPadamAku ingin menjadi orang yang suka memberi bukan menerima. Aku ingin sekali menjadi orang yang bahagia bukan derita.Aku ingin sekali menjadi orang yang selalu beruntung bukan rugi dan aku ingin sekali untuk hidup dengan penuh rasa syukur bukan mengeluh resah. Malah aku ingin semua yang baik baik hadir dalam hidupku. Namun mana mungkin...
BalasPadamAku mahu teman yang bagaimana sebenarnya? Teman yg sangat aku percaya, teman yang selalu ada tika ketawa dan air mata. Teman yang sentiasa membetulkan tat kala aku khilaf. Teman yang benar-benar selesa.
BalasPadamSejak akhir-akhir ini aku sering jadi pelupa. Padahal baru sebentar sahaja aku melakukan sesuatu perkara, sedetik kemudian.. Apa yang aku lakukan tadi? Sungguh aku memang benar-benar tidak ingat. Hal ini semakin kerap terjadi. Benarkan usia itu mampu mereputkan daya ingatan?...
BalasPadamApa yang kulihat indah pada mataku, belum tentu indah dalam hatiku. Begitu juga sebaliknya. Misalnya, ketika aku sedang tersenyum,padahal hatiku sedang hiba. Pada akhirnya dalam rasa keliru, aku membuat keputusan untuk meneruskan hidup tanpa terlalu memikirkannya.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam