cinta
berpasak dalam hati
sesak dan menyesakkan
jerih dan perit
bertindan tindih
payah dan resah
saling berkait
enggan mengalah
mencari erti
cinta
diamlah di sini
menghuni hati
usah jadi
mimpi ngeri
ilham budiman
19 Ogos 2015