pembelajaran
pembelajaran
sungguh tidak pernah
akan terfikir bahawa
dalam tunjang jiwaku
kekalahan ini akhirnya
terasa amat menyesakkan
pedih bagaikan selumbar
membenam di tangkai hati
namun dalam pada itu
aku juga punya kesedaran
hal ini demikian kerna
kegagalanku mentafsir
prinsip fitrah sejagat
dan keenggananku juga
untuk menerima hakikat
bahawa sesungguhnya
yang putik itu bakal layu
yang muda itu bakal tua
yang indah itu bakal pudar
yang manis itu bakal jemu
yang putih itu bakal kelam
yang datang itu bakal pergi
dan yang hidup itu pastinya
suatu hari nanti akan mati
sungguh kerna hal inilah
aku akhirnya mengakui
bahawa kekalahan ini
pada hakikatnya adalah
pembelajaran terindah
yang tak berkesudahan
ilham budiman
08 Dis 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan