.....dan Hatipun Mulai Berbisik
Entah dari mana harus kumulai
rasa sakit ini yang tak pernah
mahu benar benar pergi
lalu mahu sahaja aku
hampir luluh lemas
sesak membuak
resah mendesak
namun begtu
bukan bermakna
mahu aku untuk mengalah
biar jiwa lelah gundah
atau hati lebih rela
untuk hanya pasrah
pada derita yang
bermaharajalela
tentu-tentu tidak pernah
sekalipun aku membiarkan
rasa sakit ini berterusan
merosak perasaan cintaku
padamu wahai
Sang Khaliqku...
ilham budiman
27 Mac 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan