renungan hujung usia
renungan hujung usia
saban hari seperti juga kelmarin
berdiri aku pada pinggir jendela
luasnya langit bisa terlihat
pada sudut anak mata
menjadikan aku tiba-tiba
terasa begitu kerdil
dan semakin tua
di bawah lembayung
langit terbuka
serasa malu pada yang Esa
Ilham budiman
25 Okt 2013
sayang
sayang
sayang
walaupun kita ini
terpaksa saling berjauhan
namun kita masih berada
di bawah langit yang sama
namun kita terus punya
gelora rindu yang serupa
namun kita tetap ada
rona cinta merah membara
namun kita masih jua
menjulang akad janji lama
sayang
walaupun kita ini
tidak ditakdirkan bersama
usah geruh hati melayan hiba
usah lelah hati menganyam tinta
usah resah hati membaja cinta
ilham budiman
21 Sept 2013
mungkin
selamat tinggal
selamat tinggal
(puisi buat sahabatku Munie)
selamat tinggal sahabat
salam perpisahan buatmu
pada hujung persimpangan
yang tercipta khas untuk kita
melangkah lorong yang berbeza
pertemuan ini tampaknya
sehingga di sini sahaja
selamat tinggal sahabat
sungguh pengakhiran ini
tidak pernah sekalipun kuduga
apatah lagi untuk aku meminta
malah terlalu payah untuk diterima
namun aku akur akan urusanNya
ketentuan ini memang buat kiita
selamat tinggal sahabat
mungkinkah kita suatu hari nanti
kita masih punya lagi
keutuhan yang masih sama
atau berubah menuntun masa
melengkapi fitrah insan biasa
hingga terlupa persahabatan kita
salamat tinggal sahabat
selamat tinggal selamanya
ilham budiman
27 Jun 2013
(puisi buat sahabatku Munie)
selamat tinggal sahabat
salam perpisahan buatmu
pada hujung persimpangan
yang tercipta khas untuk kita
melangkah lorong yang berbeza
pertemuan ini tampaknya
sehingga di sini sahaja
selamat tinggal sahabat
sungguh pengakhiran ini
tidak pernah sekalipun kuduga
apatah lagi untuk aku meminta
malah terlalu payah untuk diterima
namun aku akur akan urusanNya
ketentuan ini memang buat kiita
selamat tinggal sahabat
mungkinkah kita suatu hari nanti
kita masih punya lagi
keutuhan yang masih sama
atau berubah menuntun masa
melengkapi fitrah insan biasa
hingga terlupa persahabatan kita
salamat tinggal sahabat
selamat tinggal selamanya
ilham budiman
27 Jun 2013
teman terakhir
teman terakhir
(puisi buat sahabatku Munie)
kaulah teman terakhir
teman paling istimewa
teman seiring bicara
teman canda dan tawa
teman sehati sejiwa
kaulah teman terakhir
teman sandaran duka
teman penyanggah hiba
teman merawat luka
teman segala cerita
kaulah teman terakhir
teman sampai bila~bila
Ilham budiman
27 Jun 2013
(puisi buat sahabatku Munie)
kaulah teman terakhir
teman paling istimewa
teman seiring bicara
teman canda dan tawa
teman sehati sejiwa
kaulah teman terakhir
teman sandaran duka
teman penyanggah hiba
teman merawat luka
teman segala cerita
kaulah teman terakhir
teman sampai bila~bila
Ilham budiman
27 Jun 2013
dia
dia
dia cuma masa laluku
dia cuma masa laluku
datang tak pernah kuundang
pergi tak tak jua kuhalang
biar pada mulanya
segalanya begitu sukar
memahami resam kehilangan
meruntun luka berserakan
dia cuma masa laluku
lembaran sejarah masa silam
telah begitu lama kudiamkan
kerna enggan lagi kecundang
kerna enggan lagi berulang
seperti semalam
kini
benar, dia cuma masa laluku
teman yang mencoret dukaku
ilham budiman
19 Jun 2013
ilham budiman
19 Jun 2013
tidak mengapa
tidak mengapa
tidak mengapa
aku tidak mahu marah lagi
biar hanya membungkam
menyimpan semua gelisah
bimbang pada penghujung nanti
lelah menawan seluruh raga
dan akhirnya terluka
tidak mengapa
aku tidak mahu muram lagi
biar hanya sendirian
meladeni ragam hiba
bimbang pada lewat nanti
resah menuntun segenap jiwa
dan akhirnya berduka
tidak mengapa
aku bisa mengurusinya
segala perasaan ini.....
ilham budiman
18 Jun 2013
tidak mengapa
aku tidak mahu marah lagi
biar hanya membungkam
menyimpan semua gelisah
bimbang pada penghujung nanti
lelah menawan seluruh raga
dan akhirnya terluka
tidak mengapa
aku tidak mahu muram lagi
biar hanya sendirian
meladeni ragam hiba
bimbang pada lewat nanti
resah menuntun segenap jiwa
dan akhirnya berduka
tidak mengapa
aku bisa mengurusinya
segala perasaan ini.....
ilham budiman
18 Jun 2013
amarah
mana tahu
mana tahu
mana tahu suatu hari nanti
bahawa aku tiba-tiba sahaja
menidakkan kebenaran
enggan membetulkan kesilapan
membutakan segala pandangan
dan menafikan kenyataan
mana tahu suatu hari nanti
aku bertindak mengikut kemahuan
aku bergerak menongkah arus
aku rebah sebelum berjuang
aku tersenyum dalam tangisan
aku sendiri dalam keramaian
mana tahu suatu hari nanti
aku akan jadi begini
ilham budiman
17 April 2013
kekalutan hati
kekalutan hati
tidak pernah aku terfikir
bahawa nantinya suatu hari
aku akan menjadi buta
aku akan menjadi tuli
aku akan menjadi enggan
untuk menerima
untuk mengakui
hakikat dan fitrah kehidupan
bahawa segala yang indah
bahawa segala yang cantik
bahawa segala yang molek
belum tentu buah kebaikan
untukku
ilham budiman
17 April 2013
perjalanan
perjalanan
perjalanan ini
hanyalah sekadar
sementara cuma buatku
sebelum aku bermukim
di sebuah desa harapan
di lembah pengabdian
melempar segala lelah
dan harus menghirup
secangkir angin damai
ilham budiman
10 Mac 2013
entah sampai kapan
entah sampai kapan
entah sampai kapan
bintang terang
mampu bermukim
di rumpun hati
lalu sesekali
menyimpulkan manis
seulas senyuman
yang masih lesu
di hujung resah
dalam gelisah malam
entah sampai kapan
purnama mengambang
mampu membujuk
gubuk hati
lalu sesekali
menguntum harapan
membundar impian
yang masih kaku
di hujung resah
dalam gelora malam
entah sampai kapan
bintang terang
purnama mengambang
menemani mimpi
ilham budiman
6 Feb 2013
sepi
sepi
sepi itu
adalah temanku
teman yang paling akrab
apabila aku merasa
betul-betul sendiri
betul-betul sunyi
sepi itu
adalah guruku
guru yang paling manis
mengajar erti rindu
mengajar erti pilu
sepi itu
adalah sahabatku
sahabat yang paling setia
pabila hadir sentiasa
memenuhi setiap pojok
meronai teratak hatiku
sepi itu
adalah teman
guru dan sahabat
yang paling akrab
yang paling manis
yang paling setia
warna yang merantai
jalan hidupku
ilham budiman
16 Jan 2013
sepi itu
adalah temanku
teman yang paling akrab
apabila aku merasa
betul-betul sendiri
betul-betul sunyi
sepi itu
adalah guruku
guru yang paling manis
mengajar erti rindu
mengajar erti pilu
sepi itu
adalah sahabatku
sahabat yang paling setia
pabila hadir sentiasa
memenuhi setiap pojok
meronai teratak hatiku
adalah teman
guru dan sahabat
yang paling akrab
yang paling manis
yang paling setia
warna yang merantai
jalan hidupku
ilham budiman
16 Jan 2013
tidak pernah
tidak pernah
tidak pernah aku
untuk ingin sekali
berhenti daripada
mengharap agar
nanti suatu hari
lampu yang padam
akan kembali menyala
pohon yang layu
akan kembali subur
udara yang hangat
akan kembali nyaman
langit yang mendung
akan kembali membiru
dan cinta yang lama mati
akan bisa kembali hidup
dan menerangi perasaan
yang lama kelam
ilham budiman
14 Jan 2012
tidak pernah aku
untuk ingin sekali
berhenti daripada
mengharap agar
nanti suatu hari
lampu yang padam
akan kembali menyala
pohon yang layu
akan kembali subur
udara yang hangat
akan kembali nyaman
langit yang mendung
akan kembali membiru
dan cinta yang lama mati
akan bisa kembali hidup
dan menerangi perasaan
yang lama kelam
ilham budiman
14 Jan 2012
laut itu
bersahaja
secangkir jawapan
Langgan:
Catatan (Atom)