tidak mengapa
tidak mengapa
aku tidak mahu marah lagi
biar hanya membungkam
menyimpan semua gelisah
bimbang pada penghujung nanti
lelah menawan seluruh raga
dan akhirnya terluka
tidak mengapa
aku tidak mahu muram lagi
biar hanya sendirian
meladeni ragam hiba
bimbang pada lewat nanti
resah menuntun segenap jiwa
dan akhirnya berduka
tidak mengapa
aku bisa mengurusinya
segala perasaan ini.....
ilham budiman
18 Jun 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan