selamat tinggal
(puisi buat sahabatku Munie)
selamat tinggal sahabat
salam perpisahan buatmu
pada hujung persimpangan
yang tercipta khas untuk kita
melangkah lorong yang berbeza
pertemuan ini tampaknya
sehingga di sini sahaja
selamat tinggal sahabat
sungguh pengakhiran ini
tidak pernah sekalipun kuduga
apatah lagi untuk aku meminta
malah terlalu payah untuk diterima
namun aku akur akan urusanNya
ketentuan ini memang buat kiita
selamat tinggal sahabat
mungkinkah kita suatu hari nanti
kita masih punya lagi
keutuhan yang masih sama
atau berubah menuntun masa
melengkapi fitrah insan biasa
hingga terlupa persahabatan kita
salamat tinggal sahabat
selamat tinggal selamanya
ilham budiman
27 Jun 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan