bukan aku sengaja
bukan sengaja aku mahu berdiam
memandangmu tanpa kata-kata
entah di mana segala keberanian
entah ke mana segala keinginan
yang tadinya menjadi igauan
mainan alunan perasaan
bukan dan sudah tentu
bukan sengaja aku mahu berdiam
melayan rajukku yang perpanjangan
bukannya aku telah hilang kewarasan
dan bukan juga hilang pertimbangan
hanya ingin memberimu sedikit pelajaran
tenang betapa pentingnya kesetiaan
dalam berkasih sayang.
ilham budiman
10 Feb 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan