kutinggalkan
tanah bertuah ini
demi hati yang lara
demi resah yang membara
kutinggalkan
tanah bertuah ini
membawa setangkai jiwa
membawa gunung cita-cita
kutinggalkan
tanah bertuah ini
untuk menutup cerita
untuk membuka lembaran
kutinggalkan
tanah bertuah ini
Ilham budiman
Julai 2016
cinta
Mentafsir mimpi
Mentafsir Mimpi
dalam diam
mimpipun
menjengah lagi
terlalu sunyi
serasa begitu sendiri
sungguh kurasakan
sepi ini memang
tidak bertepi
dalam diam
mimpipun
mengintai lagi
terlalu rakus
gelisah menjelajah malam
meregut sejenak
damai yang kubaja
dalam diam
entah bila agaknya
mimpi ini mahu pergi
membiar aku sendiri.......
Ilham budiman
27 Julai 2015 (6:28pm)
dalam diam
mimpipun
menjengah lagi
terlalu sunyi
serasa begitu sendiri
sungguh kurasakan
sepi ini memang
tidak bertepi
dalam diam
mimpipun
mengintai lagi
terlalu rakus
gelisah menjelajah malam
meregut sejenak
damai yang kubaja
dalam diam
entah bila agaknya
mimpi ini mahu pergi
membiar aku sendiri.......
Ilham budiman
27 Julai 2015 (6:28pm)
Puisi tetamu hati...lukisan nostalgia
jangan menangis
sayang
mentari masih terbit lagi di ufuk timur
dan pulangnya diufuk barat
usai itu rembulan pula menyambut mu
dengan putih bersih cahayanya
dan aku ada diantaranya
menemani diri mu
tatkala dikau dihimpit
kesedihan
jangan menangis sayang
biarkan arus air trus mengalir ke muara
kerana pastinya di muara nanti
air yg keruh akan jernih
disuling dek ombak
menjernihkan kegusaran yang tersirat di hati
dan aku lah yang membasuhnya
dengan belaian buih kemesraan
Jangan manangis sayang
hujan pasti turun
membashi bumi yang gersang
rerumput yg kekuningan itu
pasti kan segar menghijau
mewarnai jiwa mu yang sepi
aku yang akan
membajainya
hingga subur.
Jangan menangis sayang
tutup lah ruang sepi dan sedih mu
bukalah seluas-luasnya layar hati mu
kan ku lukis dengan
setitis kasih
kan kutulis dengan secupak sayang
dan ku taburkan segenggam benih cinta
demi kebahagian mu
Jangan menangis sayang..
aku disetiap arah sisi diri mu...
dengan tubir kasih ku
(Aku rindu padamu teman...)
~pena~
17july12
Puisi tetamu hati...lukisan nostalgia
lautan hati ini sudah kering
kebasahan cinta ku yang dulu segar
telah menjadi debu
warna-warna pelangi yang menyeri
sudah pudar dengan renai air mataku
dek ketegaan mu
membiarkan aku di dermaga sepi
air mawar yang dulu kau berikan
ketika dahaga kerongkong kasih ku
kini telah menjadi racun
wanginya yang mengharum
menghiasi kamar cinta
ku
sudah tak mewangi
kepedihan kepalsuan kata-kata mu
dengan sedikit tiupan ribut taufan
kau hilang begitu saja
dulu pernah kau bejanji
akan menemaniku hingga akhir hayat
sakit, susah dan derita ku
kau rawat..kau akan belai
terasa bahagianya.
rupanya bak pelangi menjelang senja.
dan..
belum sempat ku nikmati manis madu nya
lena dibuai didalam nya
kau pergi tiba-tiba
meninggalkan pelabuhan hati ku kosong
membiarkan sekujur aku menemui
nafas terakhir aku.
ku nanti hadir mu,
dengan penuh kesetiaan dan pengharapan
datang, memohon kata
maaf
namun tiada..
teganya kamu.
membunuh zuriat cinta ku.
.
semalam..
tertancap sudah di hati ku
ku bajak sedalam-dalamnya
tutup segala pintu untuk mu
suka ku menjadi benci (sikap mu)
dan sudah menjadi hambar
pada mu.
yang tega lupa janji...
( Masa laluku ada kamu.....)
~PENA~
~PENA~
17july12@1500
Puisi tetamu hati...lukisan nostalgia
RINDU YANG
TERBIAR...
Awan..
araklah rindu ini
semahu mu
kemana saja
saujana kamu mampu...
temukan
ruang-ruang kosong yang mahu
yang masih ada...
jika ia boleh
memenuhi ruangnya
kerna aku sudah tidak
mampu mengaraknya,
dan jika kau
tidak mampu;
Angin..
bawalah rindu ini
kemana mahu mu
dengan kudrat perkasa mu
turut mana arah yang kamu suka
kerana aku sudah
tidak mampu
menangung beratnya
dan, jika kau tak
mampu;
Hujan..
turunlah selebat
mahu mu
timpalah rindu
ini
agar dia tidak
terawang-awangan
tanpa arah
tanpa kiblat..
dan lontarkan
pada bumi
kerana aku tidak
mampu mengawalnya..
Api...
bakarlah rindu
ini
dengan kerakusan
kepanasan mu
jadikan ia sampai
debu
jangan kau
tinggalkan walau sedikit sisa
kern aku sudah
tidak berdaya
menangungnya.
Tanah...
seraplah sedalam
tujuh lapis mu
peluk ia
erat-erat, biar..
menjadi sebati
dengan mu..
kerna aku tidak
sanggup melihatnya
tiada bertempat.
~pena~
18july12
Puisi tetamu hati....lukisan nostalgia
SEULAS BIBIR MERAH SEKUNTUM SENYUM
seulas bibir merah sekuntum senyum itu
petah benar megelus kata-kata
lucu, sedih, tawa dan senyum
bila bercerita
kekadang menjuihkannya
lantas aku ketawa..
merenung tepat menafsir makna
seulas bibir merah sekuntum senyum itu
setip geraknya dalam senyumnya
terlihat dan tersirat cerita
tergumpal di kelopak hatinya
menjadi tanda Tanya
yang bergejolak meronta-ronta
mungkin dahaga
bahagia....
seulas bibir merah sekuntum senyum itu
hanya aku dan dia
yang mengerti harga sekeping rindu
yang merasa nilai sekuntum derita
yang menanti seutas
kasihsayang
yang meronai selembar kebahagiaan...
seulas bibir merah sekuntum senyum itu
hanya aku yang mengerti..
disebalik yang tersirat dan tersurat
dihatinya..
~pena~
25july12
Puisi tetamu hati...nostalgia
JIKA KAU MENANGIS..
berlarilah dan datanglah padaku
nangislah sepuas-puasnya,
semahu mu
curahkan airmata mu itu
diatas ribaan dan tadahan
tangan ku
dan, sandarkan pipi mu... di
dadaku
biarku dengar esakan dan
degupan kesedihan jantung mu
nanti tahulah aku..
bagaimana meredakan tangisan
mu itu.
jika kau menangis..
serulah nama ku, panggil
“pujangga cinta ku..”
segera ku hadir dihadapan mu
menatap wajah mu yang sedang
pilu
kan ku dakap erat tubuh mu
dan berkata “Sayang ku, aku datang”
“mengapa kamu...”dan ku kucup dahi dan kening mu
lantas menyentap sendu hati mu
biar berhenti air mata .
jika kau menangis..
dalam setiap solat dan tahajud mu
menghadap kekasihMU
mengadu kepasrahan segala derita mu
aku hadir di setiap adu dumba mu
dalam tafakur kesyahduan hati
ku panjatkan doa untuk mu
“Ya Tuhan ku, tabahkan kekasih ku ini..
dalam setiap ujian dan dugaan yang KAU berikan
untuk nya..berikanlah jalan penyelesaiannya..’’
Jika kau menangis
dan tika aku tiada disisi mu
panggillah ku ...”Pujangga Cinta ku...dimana kamu”
sesaat itu ku hadirkan hati ku
bertemu dan sentuh hati
kan ku belai, ku usap, ku cumbu
lantas hati ku membisik di hati mu
“Kasih ku...hentikan lah tangisan ini..
aku ada disetiap sudut arah diri mu...
bukankah ini kekasih dan pujangga cintamu..
rindu dan sayang ..., datang pada mu”
Jika kau menangis...
aku kan sebut “sayang..I LOVE U”
~PENA~
18JULY12
Puisi tetamu hati...nostalgia
JANGAN MENANGIS SAYANG
kerna airmata mu itu sangat bererti bagi ku
dan airmata itu harus kau simpan
bukan untuk kita
untuk kita ialah senyum dah ketawa
dalam lewat yang kita lalui ini
jangan menangis sayang...
nanti aku akan menangis sama..
aku hadir untuk kamu
anguerah untuk kamu
dalam garisan yang masih kekal
dan biarlah ..
kita lihat garisan itu dengan susunanNYA..
jangan menangis sayang..
aku hadir bukan untuk kamu menangis..
aku hadir bukan untuk menambahkan sedih mu
aku tahu...
kau dalam taufan yang hebat..
dan aku pun begitu
pujuk lah hati mu..
dan aku hadir sekarang
bersama mu...
dalam setiap saat suka duka dan sendu mu
aku bersama mu
jangan menangis sayang..
jika kau sayang aku..
lupakan cerita semalam..
itu adalah sebuah kenangan yang menjadi sejarah
dan kini adalah sejarak kita berdua..
kita lalui..walau penuh dengan ranjau
aku bersama mu...
pena..
20july12@ 2:00 am
Puisi tetamu hati.sebuah catatan nostalgia
GELORA RINDU
ku panjat
tembok-tembok siang
diterik mentari mengigit tubuh
menganyam sepi
yang bertandang...
ku selusuri juram
petang
di pekat mendung
yang tak pasti hujan
meracik sunyi
yang mengejang..
ku menatap senja
yang bertandang
dengan merah
unggu diufuk barat
menenun hati yang
kedambaan..
malam pun sudah
siap
menarik tirai
membuka jendelanya
resah rasa mula
mendengus
gelisah jiwa mula
mengelus
mengkuang
hati bedegup kencang
dinding perasaan
kian mengembang
mengetuk diri
tanpa mu disisi
kerinduan....
~PENA~
15july2012
Puisi tetamu hati..sebuah catatan nostalgia
VVVROOOOOOOOOOOMMMMMM
bunyi ini melempang monologku
terawang santai tentang GARISAN
melihat, memikir,
merenung dan memahami
maksud yang tersirat
ku terlihat keping
hatinya
dinding nya penuh kesan kesan luka
dadanya penuh dengan kepedihan
wajahnya sugul tak keruan
rupanya banyak kesedihan dari kegembiraan
benarlah mengapa dilukis GARISAN
Aku BERDIRI di dalam garisan ini
diberinya panduan
ditulisnya arahan
maka aku disitu sering bernyanyi
lagu puisi
lagu rindu
jasad ku nayata
‘DUDUK DIAM -DIAM. DALAM GARISAN”
sedang ilusi ku sudah melangkaui GARISAN
jasad ku meNari
jasad ku bernyanyi
didalam garisan
sedang illusi ku
menyayangi
merinduI
mendambakan
jauh ke dalam sempadan
hati mu
Maafkan aku
kerna tak bisa
kerana tak setia
jiwa ku meronai dalam senyum dalam tenang
hingga tak!
DUDUK DIAM-DIAM DIDALAM GARISAN
maafkan aku...
maafkan aku...
maafkan aku
maafkan aku
maafkan aku
INILAH GARISAN KU..
~PENA~
24JULY12
Puisi tetamu hati...sebuah catatan nostalgia
Ombak..
kaulah teman setiaku
dikala sepi menyelubungi
menyelimuti kamar hati ku
yang sudah lampias kepasrahan
menanti sebuah anugerah yang tak kunjung datang..
Ombak..
bawalah sepi ini
telah kularutkan di dada mu
pergilah kemana mahu mu
temukan dengan sebuah anugerah
yang sering menjadi ilusi
penantian ku.
penuh misteri.
Ombak..
sememangnya senyum ini cukup manis
cukup menawan...
tetapi itu bukan citra
ku
disebalik selindung derita ini
yang masih belum bertepi
belum terpadam
rinduku pada anugerah Tuhan!
Ombak!
bila ku kembali nanti..
bawakan berita gumbira
.anugerah itu sudah kau temui
dan menanti ku di sisni
suatu masa nanti.
Oh Ombak... sunyinya hati ku.
~pena~
19july 12
Puisi tetamu hati...catatan nostalgia
CINTA DUA BENUA
( untuk sahabat ctjune dasuki(cinta ku)-Mazian.)
kamar hati ku ini kian bergetar kencang
dek pemukul gong rindu
yang menjalar disetiap rongga lapisan
tubuh ku yang kian layu..
benua ini telah memisahkan
paduan kasih cinta kita
melebur hati ku menjadi debu
melayang ditiup
bayu...
mencari mu
kegelisahan ini menyelinap kedap
keresahan ini mencengkam kuat
apakah rindu ini memiliki tempat
nak kucairkan...agar tidak sejat.
“sayang...
dalam usai setiap doa ku
ku zahirkan getus hati..
Tuhan..!jika aku untuk dia..dan dia memang milik ku
satukan kami di sebuah mahligai indah
dalam gerbang perkahwinan”
kejauhan ini tidak pernah menghalang
paduan cinta dan kasih sayang
walau terpisah waktu ,jarak dan pandangan
kau selalu tersimpuh di kamar hati ku.
dan aku lena di dakapan kasih mu.
telah ku larutkan rindu ini
pada ombak laut Cina Selatan...
lantas ku hanyut kan ke destinasi Lautan Pasifik
yang rindumu menanti di sana..
memadu kasih asmara antara dua benua..
“kekasih ku.., I LOVE YOU”
IBRAHIM (PENA)
19JULY2012@1200 hrs.
Puisi tetamu hati...catatan nostalgia
ANUGERAH
menumbuhkan pepohon yang menghijau
dengan bebunga dan dedaunan
indah menghiasi dan meredupkaan
dari terik mentari
dihalaman hati mu
aku ingin menjadi neon
menerangi dan memberi cahaya
dengan warna-warna pelangi
agar tanpak terang dan indah
menghiasi di dalam kamar hati mu
aku ingin menjadi angin
bertiup gemalai berhembus nyaman
membawa ombak rindu
meleraikan kerinduan
di pantai hati mu
aku ingin menjadi air di danau
tenang dan hening
sesekali beralun mencipta bebunga ombak
sejuk dan redup mata memandang
pastinya dipintu hatimu
tanah, neon, angin,
air dan AKU
anugerah untuk kamu...
~PENA~
17JULY2012
Puisi tetamu hati..sebuah nostalgia
ANDAI ITU TAKDIRNYA...
Jika itu harus ku lakukan
menyusuri luka-luka silam
melalui sukar dan halangan
mencalari hati dan perasaan
menodai sempadan garisan
terakru di antara kau dan aku
dalam menyayangimu
itulah susunan kehendakNYA..
Sekiranaya itu harus ku hadapi
onak dan duri menikam..melukai
luka torehan membelah kesakitan
cercaan dan hinaan
menghujam
untuk mengasihi mu
itulah susunan kemahuanNYA..
Andai terpaksa harus ku lalui
merempuh ribut dan taufan
berdepan pedang yang tajam
halilintar berdentum bersahutan
untuk mencintai mu
itulah susunan kudratNYA
Andai suatu hari nanti
aku akan menangis
meratap kehilangan mu
menikmati kehancuran jiwa ini
melihat dikau bahagia bersamanya
tersenyum di mahligai indah
aku rela....
andai itu takdirNYA...
~PENA~ 17JULY 2012
Puisi tetamu hati....sebuah nostalgia
Andai aku bercinta lagi..
tidak akan ku TABIR kerdipan bebintang
tidak akan ku BIAS cahaya rembulan
tidak akan ku TEDUH sinar mentari
biar ia turut menerangi, menghangatkan
sinar kasih ku
di hamparan hati mu.
Andai aku bercinta lagi...
tidak akan ku PINTAL buih-buih dilautan
tidak akan ku bina BEBENTENG ombak
tidak akan ku RENTANG jejaring menadah arus
agar keindahan ombak turut menemani
sayang ku menyapa pantai hati mu
Andai aku bercintai lagi...
tidak akan ku CANTAS pepohon dilereng bukit
tak akan ku BAJAK rerenek
di tebing danau
tidak akan ku CABUT pepohon rhu di persisiran pantai
biar siulan angin merdu dayunya
turut menghantar
cinta ku ,menusuk
didataran hati mu.
Andai aku bercinta lagi..
kan ku SEMBUHKAN
luka dihati mu dengan
KSC
biar ku BASAHI
kegersangan jiwa mu dengan KSC
segera ku KUPAS
kesedihan disanubari
mu dengan KSC
biar ku BELAI
kesunyian diraga mu dengan
KSC
semampu ku
seadanya kudrat ku
menurut kelembutan dan kesyahduan bahasa jiwamu.
~PENA~
17JULY2012
Puisi tetamu hati..sebuah nostlgia
siapalah aku
dalam redup pandangan mata mu
siapalah aku
dalam degup naluri hati mu
siapalah aku
pada senyum sinis bibir mu
dan ..siapalah aku
ingin bersama mu..
aku ini siapalah
yang ingin menanam bunga di kamar hati mu
aku ini siapalah
ingin menyentuh taman hati mu
aku ini siapalah
ingin menjenguk kamar cinta mu
dan aku ini siapalah
untuk menyayangi mu
melukut di tepi gantang-aku
mencurah air kedaun keladi-aku
bagai aur dengan tebing-aku
bagai pungguk dengan bulan-aku
dan bagai enggang dengan pipit-aku
disisi mu
~pena~
16july2012
Langgan:
Catatan (Atom)