RINDU YANG
TERBIAR...
Awan..
araklah rindu ini
semahu mu
kemana saja
saujana kamu mampu...
temukan
ruang-ruang kosong yang mahu
yang masih ada...
jika ia boleh
memenuhi ruangnya
kerna aku sudah tidak
mampu mengaraknya,
dan jika kau
tidak mampu;
Angin..
bawalah rindu ini
kemana mahu mu
dengan kudrat perkasa mu
turut mana arah yang kamu suka
kerana aku sudah
tidak mampu
menangung beratnya
dan, jika kau tak
mampu;
Hujan..
turunlah selebat
mahu mu
timpalah rindu
ini
agar dia tidak
terawang-awangan
tanpa arah
tanpa kiblat..
dan lontarkan
pada bumi
kerana aku tidak
mampu mengawalnya..
Api...
bakarlah rindu
ini
dengan kerakusan
kepanasan mu
jadikan ia sampai
debu
jangan kau
tinggalkan walau sedikit sisa
kern aku sudah
tidak berdaya
menangungnya.
Tanah...
seraplah sedalam
tujuh lapis mu
peluk ia
erat-erat, biar..
menjadi sebati
dengan mu..
kerna aku tidak
sanggup melihatnya
tiada bertempat.
~pena~
18july12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan