resah
hati tersiram kelemasan
oleh sejuta pertanyaan
apabila perjalanan ini
kelihatannya seperti
menongkah arus
damai
hati tercerna kegundahan
oleh sejuta kekalutan
takkala mimpi ini
enggan menjanjikan
dampak realiti
pasti
hati terserlah kegelisahan
oleh sejuta keresahan
apabila yang dihajati
sebenarnya cuma ilusi
tanpa simpati
lelah
dan hati terguris lagi
oleh selembar kesilapan
bila mana perjalanan, mimpi dan ilusi
hanya lukisan yang terukir
membentang jiwa
luka
ilham budiman
30 Dis 2012
lembaran
lembaran
lembaran
bertinta hitam ini
persis badai
ganas
yang
membungkam
lemas
dalam hati
malah
hingga kini
masih
terus lagi
mencari
peleraian
mencari
kekuatan
mencari
kenikmatan
erti
gudang kedamaian
lembaran bertinta hitam ini
persis
taufan liar
yang
mengoncang
seluruh
lingkup rasa
malah
hingga kini
masih
terus lagi
mengejar
mimpi
memamah
ilusi
menginjak
realiti
tidak
pernah berhenti
lembaran bertinta hitam ini
persis
duri yang membenam
rakus
merobek jiwa
sejak
kelmarin.....
ilham budiman
18 Dis 2012
selamat malam kenangan
selamat malam kenangan
selamat malam kenangan
aku ingin sekali lena
dalam dingin mimpimu
aku ingin sekali jaga
dalam manis senyummu......
selamat malam kenangan
aku ingin sekali bersandar
pada teguh janjimu
aku ingin sekali berselimut
pada hangat kasihmu
selamat malam kenangan
aku ingin sekali berlari
mendakap hangat rindumu
aku ingin sekali berdiri
memaut erat cintamu
selamat malam kenangan
aku ingin sekali memamah
setiap inci butir bicaramu
dan aku ingin sekali menjamah
setiap mimpi yang kau cipta
untukku.....
selamat malam kenangan
aku ingin sekali menyisip
rinduku padamu.......
ilham budiman
09 Dis 2012
cita-citaku
cita-citaku
cita-citaku ini
sebenarnya terlalu tinggi
malah mungkin juga
agak keterlaluan
apabila keinginanku
membatasi kemampuan
apabila pemikiranku
menjangkaui kewajaran
malah kewarasanku
melangkaui sempadan
dan
apabila aku
begitu ingin sekali
menzahirkan
rindu di dalam hati
menjelmakan
ilusi kepada mimpi
dan menerbitkan
mimpi kepada realiti
cita-citaku ini
sebenarnya terlalu tinggi
malah mungkin juga
sedikit keterlaluan
apabila aku
tidak pernah berhenti
untuk berilham....
ilham budiman
08 Dis 2012
pembelajaran
pembelajaran
sungguh tidak pernah
akan terfikir bahawa
dalam tunjang jiwaku
kekalahan ini akhirnya
terasa amat menyesakkan
pedih bagaikan selumbar
membenam di tangkai hati
namun dalam pada itu
aku juga punya kesedaran
hal ini demikian kerna
kegagalanku mentafsir
prinsip fitrah sejagat
dan keenggananku juga
untuk menerima hakikat
bahawa sesungguhnya
yang putik itu bakal layu
yang muda itu bakal tua
yang indah itu bakal pudar
yang manis itu bakal jemu
yang putih itu bakal kelam
yang datang itu bakal pergi
dan yang hidup itu pastinya
suatu hari nanti akan mati
sungguh kerna hal inilah
aku akhirnya mengakui
bahawa kekalahan ini
pada hakikatnya adalah
pembelajaran terindah
yang tak berkesudahan
ilham budiman
08 Dis 2012
teratak hati
teratak hati
teratak hatiku ini lesu
semenjak kau pergi
berlalu tanpa pamit
meninggalkan aku
termanggu sendiri
sunyi
teratak hatiku ini sendu
semenjak kau hilang
diam tanpa bicara
enggan mengakui
kekhilafan
teratak hatiku ini sayu
semenjak kau berpaling
meninggalkan sejarah hambar
bertinta hitam tanpa simpati
buatku
teratak hatiku ini kelu
tanpamu menemani
aku...
ilham budiman
08 Ogos 2012
rindu yang menjalar
rindu yang menjalar
rindupun menjalar
menyelusur tenang
mencengkam damai
menikmati perjalanan
sesekali diam berhenti
menghirup udara segar
dan
berlindung sebentar
di sebalik senyuman
kemilau sinar mentari
lalu dengan keyakinan
yang masih lagi tersisa
melingkari rimba rasa
memenuhi dataran jiwa
dan
pada akhirnya rindu
erat bertaut mesra
pada rimbunan
pepohon kasih
di dahan cinta
ilham budiman
01 Nov 2012
nukilan hati
nukilan hati
buat pertama kalinya
aku mula belajar untuk
menerima sebuah kenyataan
bahawa kekalahan itu sebenarnya
suatu kemanisan perasaan
juga halwa dalam ragam hidup
justeru kekalahan ini juga
turut menjadi suatu pelajaran
yang paling berharga buatku
cukup bermakna untukku
hadiah dari masa lalu
dari kekalahan ini juga
akhirnya memberi kekuatan
menjadi suatu titian buatku
untuk mencuba lagi memenangi
dalam setiap percaturan hidup
malah kini aku lebih yakin lagi
dan turut berhati-hati merentasi hari
agar aku tidak kecundang lagi dalam
meniti dan memahami bicara budi
agar tidak terjebak lagi
ilham budiman
Oktober 2012
berpijar lagi hatiku
berpijar lagi hatiku
berpijar lagi hatiku
pabila kau begitu angkuh
enggan mahu mengalah
hingga pada kemudiannya
mula memasang langkah
berada jauh di hadapan
sendiri meninggalkan aku
yang masih terkial-kial
memaknakan lipatan janji
yang pernah kau ijab
pada saat bertemu
kali pertama
berpijar lagi hatiku
bila mana kau yang hilang
pada penghujung mimpi
meranapkan kota impian
meluluhkan butir harapan
meninggalkan puing-puing
berkerikil tajam di danau hati
lalu kau yang dulunya
pujangga yang bertahta hati
kini hanya mampu
menjadi bebayang
dalam realitiku
berpijar lagi hatiku
takkala kelmarin kau kembali
tanpa perlu ada rasa silu
ingin pula berakad janji
bahawa aku ini
teman sejati
ilham budiman
23 Nov 2012
janjimu padaku
janjimu padaku
(puisi buat teman budiman)
kelmarin
tika kau memutuskan
untuk berdiri di hadapanku
memberikan sebutir harapan
menghulurkan segelas impian
menawarkan selembar ilham
menyerahkan senaskah janji
bahawa
kau akan sering selalu
sentiasa berada di sisiku
ingin jadi teman sejati
kekal jadi sahabat hati
tetap teguh menanti
dengan itu
aku tidak perlu lagi
untuk termangu-mangu sendiri
agar aku jua tidak lagi terus
terkial-kial untuk mencari
sinar kebahagian
ilham budiman
20 Disember 2011
pada saat itu
pada saat Itu
pada saat aku tahu
bahawa engkau telah pergi
tiba-tiba segalanya menjadi sunyi
tiba-tiba segalanya menjadi sepi
tiba-tiba segalanya seakan mati
hanya tinggal aku sendiri
Pada saat aku tahu
bahawa engkau tak akan kembali
hilang segala rasa kemesraan diri
hilang segala rasa kemeriahan hati
hilang segala rasa keindahan budi
hanya tinggal sebuah mimpi
Pada saat aku tahu
bahawa engkau tidak lagi di sisi
resahku menguasai sanubari
berlari mencari kekuatan diri
berusaha mendamaikan hati
biar aku tidak terasa sendiri
dan berpaling padamu lagi
ilham budiman
15 Jun 2010
keinginan
keinginan
telah kutepi keangkuhan ini
di pojok terminal mimpi
demi mengejar bebayang
hanya untuk mengenggam
senaskah senyummu
yang pernah lesu
di pentas waktu
telah kuhambat ketekalan ini
di akar pohon pengabdian
demi melangsaikan impian
hanya untuk menghazam
sebaris santun budimu
yang pernah hilang
di tangga sepi
telah kuletak kesabaran ini
di pinggir tebing pengharapan
demi melunas keinginan
untuk hanya menggilap
piala hatimu
yang pernah kusam
seketika dahulu
ilham budiman
12 Nov 2012
penjara janji
penjara janji
aku janji itu
bukanlah sembarangan
aku janji
aku janji yang terpateri
sejak dasawarsa lalu
antara kau dan aku
aku janji itu
bukanlah sembarangan
aku janji
aku janji yang dimeterai
tergenggaman iltizam
menjelmakan impian
aku janji itu
bukanlah sembarangan
aku janji
aku janji yang dipakir
dampak kepesonaan
panji ulung kesetiaan
dan aku janji itu
sungguh bukanlah
sembarangan aku janji
aku janji yang terusai
aku janji berkesudahan
memenjara hati
ilham budiman
27 sept 2012
kekosongan
kekosongan
aku sebenarnya tidak punya apa-apa
untuk kukongsikan buatmu teman
yang hanya adalah segudang steksa
mewarnai laman sejarah hidupku
membanjiri lautan kemahuanku
yang tentunya kutunjangi dengan
sedulang pengharapan
secangkir penghargaan
aku memang tidak punya apa-apa
untuk kuhadiahkan kepadamu teman
melainkan sekajang daripada
pengalaman masa laluku
yang masih tersisa
kerna ia memang kusimpan
sedikit di dalam kantong hatiku
buat pengajaran dan pedoman
agar aku tidak terlena lagi
dalam ilusi yang kuciptakan sendiri
aku memang sudah tidak punya apa-apa
untuk kutitip buatmu teman
melainkan doa yang berpanjangan
agar kau tidak tidur seperti aku
dalam pelukan mesra duniawi
agar kau tidak juga menghukumi aku
kerna kesilapan daripada kekhilafan ini!!
ilham budiman
18 Ogos 2012
cinta
cinta
akhirnya aku mula
mengenal erti cinta
yang bicaranya sungguh
begitu manis umpama gula
indah bak syurga dunia
dan
setelah disudahi
oleh sebuah kegagalan
aku juga sudah bisa
untuk menerimanya
bahawa
cinta itu sebenarnya
bukanlah jadi sesuatu
yang luar amat biasa
dan sangat istimewa
seperti yang disangka
kerana
rupa-rupanya cinta
hanya permainan kata
dan yang akhirnya hanya
membiaskan derita
ilham budiman
15 Dis 2011
permata budi
permata budi
(puisi buat sahabat
budiman)
hadirmu wahai sang
permata budi
bukanlah sesuatu yang
direncana
malah bukan seperti yang
kuduga
juga bukan sesuatu yang
kupinta
dan bukan seperti yang
kusangka
hadirmu wahai sang
permata budi
sebenarnya sesuatu yang
berharga
sesuatu yang memberikan
makna
sesuatu yang melenakan
sengsara
sesuatu yang melepaskan
nestapa
sesuatu peleraian sebuah
duka
hadirmu wahai sang
permata budi
adalah bingkisan paling istimewa
hasil titipan dari teratak nurani
sisipan dari sebuah
gedung kasih
sebagai sandaran melawan
sunyi
sebagai teman menjernih
hati
hadirmu wahai sang
permata budi
janganlah hanya
sementara nanti
janganlah hanya sebuah
mimpi
janganlah hanya sebuah
ilusi
ilham budiman
03 Okt 2011
penantian
penantian
menantimu itu
sudah tidak lelah lagi buatku
seperti pungguk itu yang sering kerinduan
pada bulan yang masih enggan memandang
hingga menabrak malam yang panjang
hanya untuk menjelmakan mimpinya
hanya untuk mentuntaskan ilusinya
menangisimu itu
sudah tidak lelah bagiku
seperti tirisnya hujan membasah dataran hatiku
hingga merendam lemas laman nurani
tersadai lesu jerih terus merintih hiba
terjelepok dibenjana sarat duka
meraih cinta yang telah tiada
mencintaimu itu
pengalaman indah untukku
walau yang kausajikan itu harapan cuma
dalam serelung janji yang tidak bermata
diulit mimpi yang tak pernah sirna
mengagahi ilusi yang masih tersisa
ilham budiman
13 Sept 2012
melepaskan kenangan
melepaskan kenangan
Telah
kucuba sebenarnya
bersungguh
dan berkali-kali
untuk
melepaskanmu
daripada
kotak hati
agar
ia tidak lagi terus
merenjat
kebahagiaan
jadi
deduri yang membelit
dan
merosakkan perasaan
lalu
melemahkan iman
telah
juga kucuba sebenarnya
beribu
kali tanpa henti
memadam
dan mengoyak
segala
bingkisan kenangan
yang
kau tinggalkan buatku
sebelum
pergi
tetapi
apa yang berlaku
adalah
malah sebaliknya
apabila
kau sebenarnya
memang
tidak pernah
tidak
mahu melepaskan
aku
daripada mimpi
yang
kau ciptakan
untukku
ilham budiman
20 Nov 2011
dia
dia
(puisi
buat tetamu hati)
Dia
yang tiba-tiba
entah
dari mana
entah
yang keberapa
hadir
mengetuk jendela
diam
tanpa sepatah kata
dia
yang tiba-tiba
berdiri
di hadapan mata
dalam
lemah kubuka jendela
dalam
pandangan duka
sepi
datang menyapa
dia
yang tiba-tiba
begitu
berani berbicara
setelah
berdiri lama
katanya
“datang untuk merawat hiba”
yang
lama terkoyak luka
dia
yang tiba-tiba
dalam
sendu kusambut jua dengan mesra
walau ada sekelumit rasa kurang percaya
adakah
dia bukan pendusta
bukan
jua peragut cinta
ilham budiman
13 Mei 2010
luka ini
Luka
ini
belumpun
sempat sembuhnya
kau
toreh lagi
dengan
belati dusta
luka
ini
masih
terasa lagi parahnya
kau
tusuk pula
dengan
pedang berbisa
luka
ini
jelas
merah lagi warnanya
kau
tikam jua
dengan tombak durjana
luka
ini
belum
hilang lagi parutnya
kau
hiris semula
dengan
duri derita
Luka
ini
biarlah
ia
terus
menyulam cerita
pedihnya
cinta
ilham budiman
01
Mei 2010
mahabbah buat mahbobku
mahabbah ini mahar suci
teristimewa kusaji buat-Mu
biar hanya senaskah aku janji
sebagai teman perjalanan
untukku bertemu dengan-Mu
mahabbah ini mahar suci
buat Mahbobku yang Agung
ilham hati sentiasa ingin mencari
sakinahku yang telah lama pergi
merajuk bersembunyi
mahabbah ini mahar suci
pengabadian hidupku untuk-Mu
manifestasi kepada cinta Illahi
yang tidak akan mungkin
pernah berpenghujung
ctjune dasuki
01 Ogos 2012
tentang kamu
tentang kamu
ambisiku ini kerna sayangmu
tak pernah sekalipun surut
dalam kemarau panjang
tak pernah sekalipun tandus
dalam terik kepanasan
tak pernah sekalipun resah
dalam kelam kegelapan
tak pernah sekalipun dingin
dalam hujan kebasahan
kedamaianku ini kerna kasihmu
yang begitu santun menyentuh
jenang pintu gemersik hatiku
yang begitu mesra membelai
melunakkan gelung kalbuku
yang begitu halus memakir
bicara santun iklas budimu
yang begitu luas menebar
hamparan indah untukku
Ketakjubanku itu kerna dirimu
selalu akan beralah biarpun
tidak pernah ada salah
selalu akan membujuk biarpun
tidak pernah ada getar
selalu akan bermadah biarpun
tidak pernah ada walah
selalu akan menemani biarpun
tidak pernah rasa sendiri
ilham budiman
24 sept 2012
derita
derita
(titipan buat teman budiman)
tanpa kusedari
sudah sekian lama
aku ini bersendirian
terjelepok lesu
di dasar tasik derita
pilu ulang berganti
bermukim di kamar hati
hingga mimpipun
ikut diulit gelisah
rakus bertelingkah
enggan mengalah
sudah sekian lama
aku ini bersendirian
tersimpuh lelah
di kaki tangga duka
sengsara menjengah ilusi
bertamu di jenang hati
hingga rindupun
ikut lelah menanti pasrah
mengharap perginya resah
yang nyatanya masih
enggan mengalah
ilham budiman
25 Nov 2012
menara hati
menara hati ini
kubina dengan sekolam air mata
kubangunkan dengan seutas ketabahan
kudirikan dengan sekajang ketegaran
kupasakkan dengan segudang harapan
menara hati ini
kuilhamkan dengan selaut kesungguhan
kupamerkan dengan segunung keyakinan
kupahat dengan serelung kegigihan
kuangkat dengan serantai kekuatan
kuukir dengan sekalung penghargaan
menara hati ini
kulukis dengan warna-warna hiba
kulakar dengan warna-warna duka
kucoret dengan warna-warna derita
kuwarnai dengan warna-warna cinta
dan kusisip juga dengan warna kita
menara hati ini
hingga kini masih juga tetap begini
teguh menanti...........
ilham budiman
04 Okt 2012
baroh
baroh.....
baroh
ini sememangnya
telah
lama kutinggalkan
sejak
kami hijrah dahulu
mengikut
sang walidku
yang
katanya ingin sekali
mencari
nafas baharu
tetapi
nyatanya
apabila kelmarin
aku
kembali semula
menginjak
denai kecil
melebarkan
pandangan
seolah
seperti semalam
kami
bergelumang di sini
melepas
lelah di dagau usang
riang
bermandi di sumur
pada
lewat senja
dan
tergenang
di anak mata
lukisan
menakjubkan
anak
sepat melonjak
di
atas telapak tangan
bangau-bangau
putih
lincah
meniti di denai
lintah-lintah
besar gebu
memeluk
erat pada betis
layang-layang
seperti kalkatu
bermegah-megah
di angkasa
di
tenggaman jari-jari kecil
lalu
yang lebih indah
padi-padi
menguning
seperti
hamparan emas
memeriahkan
hari
baroh
ini
himpunan
nostalgia
menanti
di sini..
ilham budiman
17 Nov 2012
Langgan:
Catatan (Atom)