cinta
akhirnya aku mula
mengenal erti cinta
yang bicaranya sungguh
begitu manis umpama gula
indah bak syurga dunia
dan
setelah disudahi
oleh sebuah kegagalan
aku juga sudah bisa
untuk menerimanya
bahawa
cinta itu sebenarnya
bukanlah jadi sesuatu
yang luar amat biasa
dan sangat istimewa
seperti yang disangka
kerana
rupa-rupanya cinta
hanya permainan kata
dan yang akhirnya hanya
membiaskan derita
ilham budiman
15 Dis 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan