melepaskan kenangan


melepaskan  kenangan

Telah kucuba sebenarnya
bersungguh dan berkali-kali
untuk melepaskanmu
daripada kotak hati
agar ia tidak  lagi terus
merenjat kebahagiaan
jadi deduri yang membelit
dan merosakkan perasaan
lalu melemahkan iman

telah juga kucuba sebenarnya
beribu kali tanpa henti
memadam dan mengoyak
segala bingkisan kenangan
yang kau tinggalkan buatku
sebelum pergi

tetapi apa yang berlaku
adalah malah sebaliknya
apabila kau sebenarnya
memang tidak pernah
tidak mahu melepaskan
aku daripada mimpi
yang kau ciptakan
untukku

                      ilham budiman
                      20 Nov 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...