berpijar lagi hatiku



berpijar lagi hatiku

berpijar lagi hatiku
pabila kau begitu angkuh
enggan mahu mengalah
hingga pada kemudiannya
mula memasang langkah
berada jauh di hadapan
sendiri meninggalkan aku
yang masih terkial-kial
memaknakan lipatan janji
yang pernah kau ijab
pada saat bertemu
kali pertama

berpijar lagi hatiku
bila mana kau yang hilang
pada penghujung mimpi
meranapkan kota impian
meluluhkan butir harapan
meninggalkan puing-puing
berkerikil tajam di danau hati
lalu kau yang dulunya
pujangga yang bertahta hati
kini hanya mampu
menjadi bebayang
dalam realitiku

berpijar lagi hatiku
takkala kelmarin kau kembali
tanpa perlu ada rasa silu
ingin pula berakad janji
bahawa aku ini
teman sejati

                     ilham budiman
                     23 Nov 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...