janjimu padaku
(puisi buat teman budiman)
kelmarin
tika kau memutuskan
untuk berdiri di hadapanku
memberikan sebutir harapan
menghulurkan segelas impian
menawarkan selembar ilham
menyerahkan senaskah janji
bahawa
kau akan sering selalu
sentiasa berada di sisiku
ingin jadi teman sejati
kekal jadi sahabat hati
tetap teguh menanti
dengan itu
aku tidak perlu lagi
untuk termangu-mangu sendiri
agar aku jua tidak lagi terus
terkial-kial untuk mencari
sinar kebahagian
ilham budiman
20 Disember 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan