nukilan hati
buat pertama kalinya
aku mula belajar untuk
menerima sebuah kenyataan
bahawa kekalahan itu sebenarnya
suatu kemanisan perasaan
juga halwa dalam ragam hidup
justeru kekalahan ini juga
turut menjadi suatu pelajaran
yang paling berharga buatku
cukup bermakna untukku
hadiah dari masa lalu
dari kekalahan ini juga
akhirnya memberi kekuatan
menjadi suatu titian buatku
untuk mencuba lagi memenangi
dalam setiap percaturan hidup
malah kini aku lebih yakin lagi
dan turut berhati-hati merentasi hari
agar aku tidak kecundang lagi dalam
meniti dan memahami bicara budi
agar tidak terjebak lagi
ilham budiman
Oktober 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan