pada saat Itu
pada saat aku tahu
bahawa engkau telah pergi
tiba-tiba segalanya menjadi sunyi
tiba-tiba segalanya menjadi sepi
tiba-tiba segalanya seakan mati
hanya tinggal aku sendiri
Pada saat aku tahu
bahawa engkau tak akan kembali
hilang segala rasa kemesraan diri
hilang segala rasa kemeriahan hati
hilang segala rasa keindahan budi
hanya tinggal sebuah mimpi
Pada saat aku tahu
bahawa engkau tidak lagi di sisi
resahku menguasai sanubari
berlari mencari kekuatan diri
berusaha mendamaikan hati
biar aku tidak terasa sendiri
dan berpaling padamu lagi
ilham budiman
15 Jun 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan